Wednesday, 4 September 2013

Salam Aidilfitri

Salam semua..

Rasanya masih belum terlambat kan untuk team The Gallery Hujungminggu.My mengucapkan Salam Aidilfitri, walaupun Syawal sudah hampir ke penghujung. Di minggu-minggu akhir ni begitu ramai sekali mereka yang mengadakan rumah terbuka untuk menjamu keluarga dan rakan-rakan. Apa pun, kami harapkan agar anda sentiasa happy dan ceria..
Bercakap tentang Aidilfitri ni, kami nak kongsi sedikit gambar-gambar yang sempat dirakam semasa pembukaan booth The Gallery Hujungminggu.My @ Uptown Senawang sepanjang bulan Ramadhan yang lalu..
Kerja-kerja memasang booth
Antara produk yang terdapat di booth



Antara pelanggan yang gembira dengan barang beliannya



Senarai wallet


Gift
 
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah datang dan membeli belah di booth The Gallery Hujungminggu.My, termasuklah mereka yang sanggup datang jauh dari Kuala Lumpur, Johor, Kuantan dan lain-lain. Semoga anda gembira dan berpuas hati dengan pembelian anda..
Bagi mereka yang tidak berkesempatan hadir semasa bulan Ramadhan yang lalu, anda masih boleh mendapatkan produk-produk kami secara online sama ada melalui e-mel hujungminggu.my@gmail.com atau website www.hujungminggu.my atau Facebook The Gallery Hujungminggu.My.
Untuk perancangan dalam masa terdekat ini, kami juga akan membuka satu lagi cawangan butik di sekitar Negeri Sembilan. Lokasi sebenar Butik ini akan dihebahkan kepada semua dalam masa terdekat ini. Jadi, pastikan anda tungguuuuu~ hehe

No comments:

Post a Comment