Pfuhh.. Pfuhh.. Tumpang lalu kawan-kawan.. Nak tiup sikit sarang labah-labah dan sawang-sawang kat blog ni.. Berkurun lamanya tak update blog ni.. Hahaha.. Kerinduan nak menulis datang kembali.. Memang lama betul dah tak menulis kat blog ni.. Memang rindu sangat.. hehe.. Tapi diam-diam saya bukan "tin kosong" tau.. Tapi diam-diam berisi.. Haa.. Sejak bulan puasa haritu jadual memang padat la sangat dengan aktiviti bisnes, selesaikan jahitan beg dan pesanan pelanggan, promosi bisnes dan macam-macam lagi.. Hmm.. Sekarang ni rasa macam nak tambah pekerja sebab memang tak menang tangan nak handle order borong ni.. hehe.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah swt kerana rezeki yang dikurniakan ni..
Okey apa yang terbaru di The Gallery Hujungminggu.My ni..? Haa.. Sebenarnya saya baru je lepas selesaikan lebih kurang 1,000 pesanan beg patchwork corak batik ni.. Agak berdebar-debar juga dengan pesanan ni sebab pesanan yang saya terima memang sangat singkat je sekitar 3-4 hari untuk selesaikan jahitan dan penghantaran.. Biasanya saya akan minta tempoh dalam 3 minggu untuk tempahan dan penghantaran.. Tapi disebabkan tak mahu menghampakan permintaan pelanggan, saya usahakan juga pesanan ni dalam 3-4 hari.. Haa.. Boleh bayangkan tak berapa punya kuat debaran tu.. hehehe.. Apa pun, dengan izin Allah dan bantuan-Nya juga, saya berjaya tunaikan permintaan ni.. Pada saya, tujuan bisnes ni bukan semata-mata berniaga, tetapi yang paling utama sekali adalah untuk membantu orang ramai menyelesaikan masalah.. Insyaallah di masa akan datang pun saya akan terus berusaha untuk membantu lebih ramai orang lagi.. Anda doakan saya ye..
Okey, jom kita tengok beberapa keping gambar yang sempat saya ambil masa nak hantar beg-beg patchwork ni haritu..
Oh ye, lupa nak perkenalkan.. Semua pesanan ni adalah tempahan dari Puan Azah dari Pontian, Johor.. Tengok tu.. Penuh kereta dan van dengan beg-beg patchwork ni kan.. Kata Puan Azah, beg patchwork kami sangat cantik dan jahitan pun berkualiti.. Alhamdulillah seronok dan rasa puas hati sangat bila customer beri feedback yang positif ni.. Terima kasih kerana memberi semangat pada saya dan team The Gallery Hujungminggu.My untuk terus menghasilkan produk yang terbaik.. Terima kasih juga kerana sudi menempah beg patchwork ni dengan kami.. Saya doakan majlis yang dirancang berjalan dengan lancar ye.. Kalau ada rezeki lagi, insyaallah kita berbisnes lagi ye.. hehe.. Amin.. Mudah-mudahan..
Okey pada anda yang lain.. Sekiranya berminat untuk mendapatkan beg patchwork ni untuk keperluan seminar dan kursus, kenduri kahwin dan bertunang, majlis aqiqah anak-anak, majlis korporat syarikat dan apa jua majlis pun boleh hubungi saya di 019-6799980 ye.. Dengar cerita ada diskaun hebat untuk belian borong.. Haa apa lagi, mari la call / whatsapp saya sekarang ye.. =)
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
No comments:
Post a Comment