Baru-baru ni saya ke kedai buku.. Lama sangat rasanya tak ke kedai buku.. Saja nak tengok buku apa yang menarik dalam pasaran sekarang.. Walaupun saya bukanlah "ulat buku" sangat, tapi kalau keluar tu memang biasanya saya akan singgah di mana-mana kedai buku.. Kalau ada buku yang menarik, memang saya akan beli, baca dan buat koleksi di rumah.. Buku kegemaran saya sudah pastilah yang berkaitan dengan bisnes.. Banyak juga buku-buku saya dari penulis antarabangsa ni.. Bukan apa, saja nak tambah ilmu dan dapatkan tip-tip perniagaan dari luar negara.. hehe..
Bercakap pasal buku ni kan, saya ada cerita menarik juga nak cerita ni.. Selain dari seksyen ekonomi, saya suka juga cari buku-buku di seksyen "Self-Enrichment" ni.. Hmm.. Saya perasan kan, sekarang ni semakin ramai orang yang mencari buku-buku tentang pembangunan diri ni.. Adakah ini bermakna orang-orang kita tak cukup bahagia dengan dengan pekerjaan sekarang..? Saya percaya mereka yang mencari buku-buku ni bukan sekadar untuk membaca dan menambah pengetahuan.. Tapi mereka seperti rasa ada yang "hilang" dari hidup mereka.. Dan inilah yang menyebabkan mereka ingin "mencari diri mereka" kembali..
Dulu, tanggungjawab mencari nafkah hanya terletak pada suami dan bapa dalam sebuah keluarga.. Tapi harini wanita dan isteri pun terpaksa "turun padang" bekerja mencari rezeki untuk membantu menampung keperluan keluarga.. Maklum la kan dengan ekonomi yang meruncing sekarang ni, harga barang menjadi semakin mahal.. Kos hidup di bandar pun semakin mahal.. Jadi kalau hanya ada satu pendapatan je, memang susah juga nak "survive" kan..
Tapi kadang-kadang dalam mencari rezeki, pernah tak anda rasa seperti ada sesuatu yang "hilang" dari hidup ni..? Sesuatu yang kita rasa seperti "kosong" tapi kita tak tau apa bendanya tu.. Kadang-kadang bila kita sibuk bekerja, kita "hilang" masa bersama keluarga.. Suami dan isteri sibuk dengan urusan kerja.. Anak-anak pula sibuk dengan urusan sekolah dan pengajian.. Balik ke rumah, masing-masing dah penat dan tidur.. Kalau ada masa pun, cuma sekadar bertanya sikit-sikit, selebihnya masing-masing sibuk dengan gajet di tangan.. Tiada komunikasi dalam keluarga.. Jadi, apa peranan keluarga di sini..? Bukankah tujuan asalnya kita membina keluarga tu untuk mengikat kasih sayang..? Tapi harini, kasih sayang tu semakin hilang bersama kepenatan dan urusan harian kita..
Harini saya sempat menonton rancangan dokumentari perniagaan terbitan sebuah stesyen TV dari Singapura.. Dalam interview bersama usahawan wanita dari Singapura ni, saya tertarik perkongsian usahawan ni tentang masalah kemiskinan yang memberi motivasi untuk beliau memulakan perniagaan.. Walaupun ramai yang suruh beliau bekerja "makan gaji" sahaja, tapi beliau tetap nak buat bisnes dan keluar dari kemiskinan ni.. Alasannya..? Supaya beliau dapat "masa berkualiti" bersama keluarga dan melihat anak-anak membesar depan mata.. Antara aktiviti yang beliau buat bersama anak-anak adalah makan tengahari bersama setiap hari dan keluar bercuti setiap tahun.. Hmm.. Agaknya berapa ramai orang-orang kita yang buat macam ni ye..? Mungkin tak ramai yang masih amalkan budaya macam ni.. Kalau ada pun, mungkin masa bulan puasa Ramadhan.. Itulah masa kita berkumpul bersama keluarga pun.. Sebab waktu lain masing-masing terlalu sibuk dengan urusan harian.. Jadi di mana "kualiti hidup" yang kita cari..?
Bila bercakap tentang kehidupan ni saya memang agak emosional sikit.. Sebab saya lihat banyak kualiti dalam hidup yang kita tinggalkan.. Kita selalu mengadu hidup tak bahagia.. Kita kata duit tak pernah cukup.. Banyak kos hidup yang meningkat.. Lebih buruk lagi kita bandingkan hidup kita dengan orang lain.. Ohh tak boleh la macam tu kan.. Bukan ke rezeki masing-masing tak sama.. Tapi saya nak tanya satu je.. Apa yang anda buat untuk perbaiki hidup..? Ada kata tak bahagia dan duit selalu tak cukup kan, tapi apa yang anda buat untuk perbaiki hidup..? Haa.. Dalam ramai-ramai orang yang saya jumpa, ramai yang mengadu masalah yang sama macam ni tapi takde apa-apa pun tindakan yang mereka buat.. Mereka hanya bercerita nasib mereka dengan harapan ada orang yang bersimpati.. Tapi hidup tetap takde perubahan sebab mereka hanya duduk diam melayan kesedihan tu.. hehe.. Saya harap anda tak tergolong dalam kumpulan ni ye..
Untuk wanita-wanita di luar sana, saya ada tip-tip menarik untuk anda.. Ya, tip menarik untuk anda bangkit lawan dari kesempitan hidup.. Insyaallah saya akan share tip ni nanti di entri akan datang ye.. Kalau anda berminat nak tau lebih lanjut, kena follow la kan.. =)
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980