Tuesday, 26 April 2016

Earth Day: Selamatkan Planet Kita..!

Assalamualaikum semua..


Beberapa hari lepas, iaitu pada 22 April seluruh masyarakat dunia menyambut "Earth Day" sebagai tanda sokongan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menyelamatkan bumi kita ni.. Antara aktiviti2 menarik yang dilakukan oleh sekolah2 dan badan2 berwajib adalah kempen kitar semula dan mengurangkan penggunaan beg plastik..!

Okey, bercakap pasal mengurangkan penggunaan beg plastik ni kan, saya tertarik dengan satu cerita yang baru2 ni viral di Facebook.. Saya rasa anda pun mesti ada terbaca cerita tentang satu keluarga ni yang membeli barang di sebuah pasaraya di Malaysia, lepas tu barang tu pecah disebabkan pihak pasaraya berkenaan tidak menyediakan beg plastik..! Maaf la saya tak dapat nak siarkan gambar tu kat sini sebab saya rasa kurang menarik untuk disiarkan disebabkan komen2 yang tak berapa best dari orang2 kita.. hehe.. Sebenarnya ramai yang tak faham dengan kempen mengurangkan beg plastik ni.. Kempen ni bukan bermaksud untuk menganiaya mana2 pihak.. Tapi sebagai tanda sokongan kita untuk membudayakan perasaan cinta pada alam sekitar, sebab beg plastik ni tidak dapat dilupus walaupun kita tanam beberapa puluh tahun pun dalam perut bumi.. Inilah antara salah satu faktor yg mencemarkan alam sekitar kita ni.. Kita semua sayang alam sekitar kita kan.. Jadi kenapa kita tunjuk tanda sokongan kita pada kempen2 macam ni..? Okey, sebenarnya pasaraya tu pun silap juga.. Pada saya, bila takde beg plastik tu kita perlu la cari pengganti beg plastik macam beg kertas, kotak kecil atau beg guna semula.. Baru la pengguna ada pilihan.. Betul tak? 

Bercakap pasal kempen dan pengganti beg plastik ni kan, sebenarnya di The Gallery Hujungminggu.My, kami memang ada banyak beg2 yang boleh diguna semula.. Salah satunya adalah tote bag.. Beg ni bukan sahaja anda boleh bawa ke kuliah, tempat kerja atau bersiar2 je tau.. Tapi anda boleh juga jadikan beg ni sebagai 'shopping bag' untuk mengisi pelbagai barang2 belian anda tu.. Haa.. Banyak kegunaannya kan.. Lagi best, beg ni sangat mudah dibawa ke mana2 sebab ia boleh dilipat dan disimpan dalam handbag anda je.. So, bila2 anda perlukannya, anda cuma bukak untuk menyimpan barangan di dalamnya.. Senang kan..

Haa.. Nak tengok tak macam mana koleksi2 tote bag yang kami ada..? Okey jom kita layan gambar2 kat bawah ni..







Haa.. Amacam..? Menarik kan tote bag ni semua.. Selain mudah disimpan, beg ni juga sangat mudah dibasuh.. Ia tidak memerlukan penjagaan khusus yang membebankan seperti beg2 yg lain.. Cukup la sekadar membuat cucian biasa.. Tapi awas! seperti pakaian kesayangan kita, beg ni juga ada cara membasuhnya.. Tak boleh la main hentam cuci je kan.. hehehe.. Okey, pada anda yang nak lihat detail harga, gambar & spesifikasi beg tote ni boleh layari website kami di www.hujungminggu.my/tote-bag ya..

Untuk anda yang nak memborong dan menikmati diskaun 40% pula boleh whatsapp kami di 019-6799980 (Zakiah) ya..

Thanks for your support ya..!


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980

No comments:

Post a Comment