Thursday, 28 April 2016

Beg Patchwork English Style 'Extra Hot'

Assalamualaikum semua..


Berapa ramai kat sini yang suka beg patchwork..? Haa.. Mesti ramai yang tak tau beg patchwork tu macam mana kan.. Yela, biasanya kita selalu dengar pasal cadar patchwork dan table runner patchwork je kan.. Tapi bila cerita pasal beg patchwork tak ramai yang tahu..

Ohh.. Sebenarnya konsep beg patchwork ni sama je macam cadar dan table runner ni.. Cuma saya olah pola jahitannya menjadi sebuah beg yang cantik dan indah dengan corak English yang lebih klasik.. Saya memang suka dengan corak English ni.. Perhiasan rumah pun kebanyakkannya semua dari corak English ni.. Terasa mcm orang2 kaya sikit kan bila pakai corak English ni.. hehe.. So, disebabkan minat yang mendalam dalam corak English ni la saya mencipta beg patchwork yang sungguh istimewa ni untuk wanita2 di Malaysia..

Insyaallah, dengan beg patchwork ni juga saya harap dapat membantu ramai peniaga beg yang mahu meningkatkan jualan perniagaan mereka dan menjana keuntungan.. Mudah-mudahan dipermudahkan semuanya.. Untuk pembelian borong, anda boleh menikmati diskaun 40% dengan pembelian minimum 5 unit produk ya.. Aha, memborong dengan The Gallery Hujungminggu.My memang sangat mudah.. Sebab saya tidak meletakkan syarat yg membebankan pada pelanggan.. Matlamat saya adalah untuk membantu peniaga2 kecil dan mereka yang baru nak berjinak2 dalam perniagaan ni memulakan perniagaan dan menjana pendapatan.. Memang itulah niat saya sejak hari pertama saya membina perniagaan ni..










Amacam menarik tak..? Comel kan.. Masa mula2 dapat beg ni dulu memang saya excited sangat.. Sebab tak sangka akhirnya saya berjaya menghasilkan produk yg 100% ciptaan saya sendiri.. hehehe.. Walaupun beg ni bukanlah beg kulit berjenama terkenal dan bertaraf antarabangsa, tapi menghasilkan sendiri produk pertama adalah satu kejayaan bermakna pada saya.. Dalam hidup ni, apa pun yang kita buat asalkan kita berusaha, pasti boleh berjaya.. Harapan saya, semoga produk ni dapat membantu ramai wanita mendapatkan beg yang lebih bermutu dan seterusnya membantu mereka menjana pendapatan tambahan dan memperbaiki kualiti hidup.. 

Pada anda yang nak dapatkan produk ni atau perlukan penjelasan lanjut boleh hubungi pengurus saya, Zakiah di 019-6799980 ya..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
FB: The Gallery Hujungminggu.My
Website: www.hujungminggu.my

Tuesday, 26 April 2016

Earth Day: Selamatkan Planet Kita..!

Assalamualaikum semua..


Beberapa hari lepas, iaitu pada 22 April seluruh masyarakat dunia menyambut "Earth Day" sebagai tanda sokongan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menyelamatkan bumi kita ni.. Antara aktiviti2 menarik yang dilakukan oleh sekolah2 dan badan2 berwajib adalah kempen kitar semula dan mengurangkan penggunaan beg plastik..!

Okey, bercakap pasal mengurangkan penggunaan beg plastik ni kan, saya tertarik dengan satu cerita yang baru2 ni viral di Facebook.. Saya rasa anda pun mesti ada terbaca cerita tentang satu keluarga ni yang membeli barang di sebuah pasaraya di Malaysia, lepas tu barang tu pecah disebabkan pihak pasaraya berkenaan tidak menyediakan beg plastik..! Maaf la saya tak dapat nak siarkan gambar tu kat sini sebab saya rasa kurang menarik untuk disiarkan disebabkan komen2 yang tak berapa best dari orang2 kita.. hehe.. Sebenarnya ramai yang tak faham dengan kempen mengurangkan beg plastik ni.. Kempen ni bukan bermaksud untuk menganiaya mana2 pihak.. Tapi sebagai tanda sokongan kita untuk membudayakan perasaan cinta pada alam sekitar, sebab beg plastik ni tidak dapat dilupus walaupun kita tanam beberapa puluh tahun pun dalam perut bumi.. Inilah antara salah satu faktor yg mencemarkan alam sekitar kita ni.. Kita semua sayang alam sekitar kita kan.. Jadi kenapa kita tunjuk tanda sokongan kita pada kempen2 macam ni..? Okey, sebenarnya pasaraya tu pun silap juga.. Pada saya, bila takde beg plastik tu kita perlu la cari pengganti beg plastik macam beg kertas, kotak kecil atau beg guna semula.. Baru la pengguna ada pilihan.. Betul tak? 

Bercakap pasal kempen dan pengganti beg plastik ni kan, sebenarnya di The Gallery Hujungminggu.My, kami memang ada banyak beg2 yang boleh diguna semula.. Salah satunya adalah tote bag.. Beg ni bukan sahaja anda boleh bawa ke kuliah, tempat kerja atau bersiar2 je tau.. Tapi anda boleh juga jadikan beg ni sebagai 'shopping bag' untuk mengisi pelbagai barang2 belian anda tu.. Haa.. Banyak kegunaannya kan.. Lagi best, beg ni sangat mudah dibawa ke mana2 sebab ia boleh dilipat dan disimpan dalam handbag anda je.. So, bila2 anda perlukannya, anda cuma bukak untuk menyimpan barangan di dalamnya.. Senang kan..

Haa.. Nak tengok tak macam mana koleksi2 tote bag yang kami ada..? Okey jom kita layan gambar2 kat bawah ni..







Haa.. Amacam..? Menarik kan tote bag ni semua.. Selain mudah disimpan, beg ni juga sangat mudah dibasuh.. Ia tidak memerlukan penjagaan khusus yang membebankan seperti beg2 yg lain.. Cukup la sekadar membuat cucian biasa.. Tapi awas! seperti pakaian kesayangan kita, beg ni juga ada cara membasuhnya.. Tak boleh la main hentam cuci je kan.. hehehe.. Okey, pada anda yang nak lihat detail harga, gambar & spesifikasi beg tote ni boleh layari website kami di www.hujungminggu.my/tote-bag ya..

Untuk anda yang nak memborong dan menikmati diskaun 40% pula boleh whatsapp kami di 019-6799980 (Zakiah) ya..

Thanks for your support ya..!


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980

Alhamdulillah.. Inilah Produk Pertama Kami..!

Assalamualaikum..


Alhamdulillah.. Seperti yang dijanjikan beberapa minggu lepas, saya dengan penuh bangga, gembira dan excited nyer nak umumkan pada sahabat2 semua bahawa produk pertama The Gallery Hujungminggu.My, iaitu "Patchwork Handbag" telah berada di pasaran..!! Yahooo.. Syukur.. Syukur sangat semuanya kini berada di depan mata sekarang..

So, pada peniaga2 beg semua boleh la dapatkan beg2 ni semua dengan pengurus kami, Zakiah ye.. Semua beg2 ni dijual secara borong dan runcit.. Jadi, kalau anda seorang peniaga dan mencari produk yang menarik untuk jualan di kedai anda boleh la dapatkan produk2 ni semua secara borong ya.. Dengan minimum 5 unit sahaja, anda layak menikmati diskaun 40% ya.. 

Oh ye, pembelian borong ni tidak terhad pada peniaga sahaja tau.. Kalau anda sedang merancang majlis perkahwinan, pertunangan, marhaban, aqiqah anak2 atau majlis korporat di pejabat anda sekalipun, dan ingin mendapatkan beg2 ni dalam kuanti yang banyak sebagai souvenir untuk tetamu pun anda layak menikmati diskaun 40% ya.. Dengan syarat pembelian minimum anda 5 unit.. Mudah kan.. 

Ok kejap, sebelum saya cerita panjang lebar tentang cara2 memborong dan kelebihan2 borong ni mari kita layan dulu gambar2 "handbag patchwork" kat bawah ni..







Handbag Patchwork ni terdapat dalam 6 design corak dan warna yang boleh dipilih macam gambar2 kat atas ni.. Untuk ukuran beg ni pula boleh lihat gambar yang Pengurus kami, Zakiah pakai tu ye.. Comelkan beg ni.. Cantik2 kan semuanya.. Beg ni dijahit menggunakan kaedah 'quilt' yang biasanya dibuat untuk design ala Inggeris (English Style) untuk alas meja dan cadar.. Di Malaysia, setakat yang saya tahu, sangat jarang sekali kita jumpa design macam beg ni di pasaran dalam kuantiti yang besar macam ni kan.. Kalau ada pun biasanya ia dibuat dalam kuantiti yang kecil sahaja.. Haa.. Disebabkan itulah saya tampil memperkenalkan beg2 patchwork ni untuk memenuhi permintaan pelanggan di Malaysia ni.. 

Apa kelebihan memborong beg patchwork ni dengan The Gallery Hujungminggu.My..?

~>> Tiada yuran keahlian
~>> Tiada modal yang besar --> anda tentukan sendiri modal anda
~>> Tiada sistem point yang anda perlu maintain tiap2 bulan
~>> Tiada downline @ upline yang anda kena follow tiap2 bulan

Semuanya bergantung pada anda sendiri.. Kalau anda ada modal kecil, mulakan secara kecil-kecilan.. Kalau ada modal yang besar, anda boleh memborong dalam kuantiti yang banyak.. Anda bebas untuk tentukan perjalanan perniagaan anda sendiri.. Di The Gallery Hujungminggu.My, matlamat kami adalah untuk membantu peniaga2 kecil macam anda.. Sebab itulah minimum kuantiti kami ada kecil.. Tapi apa yang paling penting, kualiti dan design produk kami pastinya yang terbaik untuk semua pelanggan.. Insyaallah produk ini dijamin dapat menarik hati pelanggan dan mampu meningkatkan jualan perniagaan anda..! 

Hubungi kami sekarang (Zakiah) di 019-6799980 ya..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980

Monday, 25 April 2016

Produk Terbaru Dah Sampai..!

Assalamualaikum semua..


Ada yang dah mula tanya ke mana team The Gallery Hujungminggu.My ni..? Dah lama tak nampak di alam maya ni pergi ke mana? Haaa.. Saya tak ke mana2 la kawan2 semua.. Ada je lagi kat Senawang ni.. hehe.. Cuma bulan Mac dan April baru2 ni saya agak sibuk sikit dengan urusan untuk restock produk2 terbaru untuk edisi bulan Ramadhan nanti.. Maklum saja la kan dekat2 nak puasa dan raya ni ramai yang ambil kesempatan untuk tambah pendapatan keluarga.. Biasanya saya cuma restock masa dekat2 nak puasa je.. Tapi untuk tahun ni lebih istimewa sikit sebab saya restok lebih awal dari kebiasaan untuk memberi peluang pada sahabat2 kita yang berminat untuk memulakan perniagaan dan mendapatkan stok perniagaan mereka.. 

Sebenarnya saya baru pulang dari China beberapa minggu lepas untuk restok produk2 ni.. Alhamdulillah minggu lepas produk2 ni semua dah sampai ke Senawang dan pengurus saya,  Zakiah pun dah mula sibuk mengira stok dan membuat label untuk produk2 terbaru ni.. Syukur sangat produk2 ni dah sampai dengan selamatnya ke Malaysia.. So, dapat la sahabat2 semua memilih dan mendapatkan produk2 ni untuk jualan kan.. Insyaallah semua produk ni bakal menghangatkan pasaran beg di Malaysia ni.. Mudah-mudahan la ye.. Hehe..

Okey la, sebelum kita cerita panjang2 lagi mari la kita layan dulu gambar2 kat bawah ni..











Haa.. Inilah antara gambar aktiviti2 kami minggu lepas.. Semua barang2 ni adalah produk dari China, yang saya pilih sendiri untuk di pasarkan di Malaysia.. Insyaallah kualiti dan design produk2 ni pasti memenuhi selera dan kehendak pelanggan.. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab pemilihan produk ni dibuat berdasarkan minat dan kehendak pelanggan berdasarkan beberapa tahun pengalaman saya dalam perniagaan beg ni..

Okey, saya stop entri kali ni kat sini dulu ye.. Saya nak bantu Zakiah ni sambung kira dan buat label produk.. Insyaallah update terkini produk2 ni akan menyusul ya.. Sementara tu, kalau ada yang nak tanya tentang produk boleh terus whatsapp Zakiah di 019-6799980 ya..


The Gallery Hujungminggu.My