Tak sangka rupanya ramai sangat yang berminat dengan beg patchwork batik yang kami hasilkan ni.. Sebelum ni saya tak tahu la pula yang beg ni memang ramai peminatnya.. Sebab asalnya saya cuma "test market" saja sebab nak tengok pemintaan pelanggan kan.. Tapi semakin hari semakin ramai yang call, whatsapp dan PM saya di Facebook bertanyakan tentang beg patchwork ni.. Semuanya nak membeli borong juga.. Maklum la bila borong ni banyak yang kita boleh berjimat kan..
Sebenarnya ramai yang tercari-cari produk beg patchwork ni dalam pasaran.. Tapi tak ramai peniaga yang offer beg patchwork macam yang saya tawarkan pada anda ni.. Kalau ada pun, pasti harga, kualiti dan design mereka sangat-sangat berbeza dengan apa yang saya beri pada anda.. Maklum la, nak buat beg patchwork ni memang sangat rumit sebab banyak step jahitannya.. Saya masa mula-mula menjahit beg ni dulu pun hampir-hampir "give up" sebab stress dengan teknik jahitan yang rumit.. Mana nak potong kain lagi.. Mana nak cantum-cantum kain lagi.. Mana nak jahit lagi.. Lepas tu nak jahit pun belum kira kombinasi warna-warna kain tu sesuai ke tak lagi.. Ada juga sekali tu kain dah elok dicantum, tiba-tiba jahitan pula senget benget.. Memang boleh naik hantu kalau tak bersabar tau.. hahaha.. Jadi sebab itulah beg patchwork ni sangat eksklusif tau.. Dan harganya memang mahal sedikit la kalau nak bandingkan dengan beg-beg fabrik lain dalam pasaran..
Okey.. Kita ni bila dah mula menulis memang payah la nak berhenti kan.. hehe.. Kadang-kadang terasa macam pembaca semua ada depan saya pulak kan.. Macam sembang-sembang dengan kawan-kawan lama gituw.. hahaha.. Okey la, mari la kita tengok kat bawah ni beberapa keping gambar beg patchwork batik yang sempat saya snap baru-baru ni.. Kata orang biarlah gambar berbicara.. hehe
Ops..! Sebelum tu nak minta maaf dulu.. Sebab kualiti gambar kali ni tak berapa meyakinkan.. Maklum la gambar ni saya ambil pakai henpon biasa je.. Masa ambil gambar ni pun jam dah pukul 2 pagi.. Al kisahnya malam tu saya dok menyusun beg-beg ni sebab esok pagi tu nak terus hantar pada customer.. Tapi dah alang-alang susun beg tu, saya ambil la henpon terus dan snap gambar-gambar ni kan.. Sebab esok tu dah sibuk-sibuk nanti takut tak sempat nak ambil gambar.. Jadi, pencahayaan kamera henpon ni tidak menggambarkan warna sebenar produk.. Mungkin beza dalam 5% macam tu.. Tapi produk sebenar memang saya boleh jamin sangat cantik, menarik dan tertarik.. hehe..
Insyaallah di entri akan datang saya akan cerita lagi tentang borong beg patchwork ni.. Lepas ni saya nak tunjuk pula gambar-gambar borong yang lain.. So, pastikan anda tak ketinggalan membaca entri saya yang akan datang ye.. Saya pun tak sabar nak tulis entri tu untuk anda juga.. hihihi.. Sementara tu, pada anda yang nak memborong beg patchwork ni boleh terus call / whatsapp 019-6799980 ye.. Insyaallah saya akan menjawab dengan kadar segera..
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
No comments:
Post a Comment