Tuesday, 30 June 2015

The Gallery Hujungminggu.My @ Bazaar Ramadhan Uptown Senawang

Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah.. Sedar tak sedar rupanya dah 12 hari kita menunaikan ibadah puasa Ramadhan pada tahun ini.. Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat berpuasa pada kawan-kawan semua kan.. hehe.. Saya doakan semoga ibadah anda pada tahun ini lebih diberkati dan sempurna dari tahun-tahun yang lepas.. Semoga kita semua juga dapat bertemu dengan malam yang indah dari seribu bulan yang lain, iaitu Malam Lailatul Qadar.. Insyaallah.. Amin..

Okey, sekarang jom kita kembali pada bisnes pulak.. Pada yang belum tahu, booth Hujungminggu.My kini dibuka di uptown Senawang, Negeri Sembilan sepanjang bulan Ramadhan ni tau.. Alhamdulillah dah 12 hari kami berkampung di uptown Senawang ni mempromosi produk-produk kami iaitu handbag, wallet, aksesori & cenderahati.. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan, terutamanya dari ibu bapa yang mencari beg-beg dan wallet untuk anak-anak di musim perayaan nanti.. Ahaa.. Hujungminggu.My ni best tau, sebab kami bukan saja menawarkan produk dan barangan untuk wanita je tau.. Untuk kanak-kanak, remaja dan student pun ada.. Seronok rasanya bila dapat membantu pelanggan mencari keperluan untuk hari raya nanti.. Betul, bisnes bukan sekadar menjana pendapatan je tau, tapi yang lebih penting adalah membantu menyelesaikan masalah dan keperluan mereka..

Pada anda yang berada di sekitar Negeri Sembilan, Melaka & Kuala Lumpur jom singgah booth The Gallery Hujungminggu.My @ Bazaar Ramadhan Uptown Senawang ye.. Macam-macam produk yang kami ada untuk keperluan anda di hari raya nanti.. Yang paling penting, produk-produk Hujungminggu.My ni lebih murah, lebih berkualiti, lebih menarik dan lebih banyak pilihan.. Okey, jom kita jamu mata dulu tengok gambar-gambar yang sempat saya ambil masa kat bazaar ni..







Booth kami beroperasi setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ni dari jam 6 petang hingga 2 pagi.. So,  kalau lepas buka puasa tu atau lepas solat terawikh pun masih sempat untuk singgah ye.. Insyaallah apa yang anda cari pasti ada disini.. Kenapa saya cakap macam tu..? Haa sebab kebanyakkan pelanggan yang pada asalnya hanya 'survey' dan 'jamu mata' je, akhirnya terpaksa menyerah dan kembali ke booth kami.. Kan saya dah cakap, produk Hujungminggu.My ni memang lain dari yang lain.. Produk-produk patchwork dan souvenir kami memang sangat unik dan jarang didapati di mana-mana kedai tau.. Kalau ada pun, mungkin harga dan kualitinya sangat-sangat berbeza tau.. hehehe..

Oh ye, ada yang nak beli secara borong..? Kalau nak tengok produk-produk Hujungminggu.My, jom la jemput singgah ke booth kami tau.. Lokasi kami di belakang Mc Donalds Giant Senawang.. Konsultasi PERCUMA je, tak kena bayar pun.. hehehe.. Pada mereka yang jauh dan berada di luar Negeri Sembilan, Melaka & Kuala Lumpur boleh e-mel kat hujungminggu.my@gmail.com atau call / whatsapp 019-6799980 okey..


The Gallery Hujungminggu.My
Call / Whatsapp : 019-6799980

No comments:

Post a Comment