"Lain padang lain belalang, lain orang lain pilihannya.." Hmm biasa tak kita dengar perumpamaan ni masa sekolah kecil-kecil dulu.. Tapi sekarang macam dah jarang-jarang kita dengar kan.. Hehehe.. Okey, kali ni saya bukan nak cerita kenangan masa sekolah-sekolah dulu tau.. Tapi saya nak cerita pasal wanita dan citarasa mereka pada handbag ni..
Wanita ni ada pelbagai citarasanya tersendiri.. Ada orang suka handbag berjenama.. Ada orang yang lain pun suka pada design.. Dan ada sesetengah yang lainnya lebih kepada harga.. Hmm.. Tak kisah apa pun citarasa anda, yang pasti kita mahukan sesuatu yang terbaik untuk kita.. Betul tak..? Kali ni saya nak share tentang handbag design patchwork dan batik yang mungkin menjadi kegemaran sesetengah dari anda.. Okey, handbag patchwork ni material dan pembuatannya dari Indonesia.. Coraknya sangat unik dan warna pun sangat menarik.. Kat Malaysia memang sangat jarang kita jumpa design yang seperti ini tau.. Walaupun handbag ni mungkin nampak biasa, tapi kualitinya sangat bagus dan boleh mengisi pelbagai barang keperluan anda.. Kalau anda seorang yang gemar tukar-tukar handbag atau mencari sesuatu yang 'lain dari yang lain', anda memang patut cuba handbag patchwork dan batik ni.. Untuk tambah lebih menarik, anda boleh gayakan handbag ni dengan baju dari design atau warna plain..
Jom kita cuci mata sekejap dengan handbag-handbag corak patchwork dan batik ni..
Ahaa.. Ini cuma sebahagian je dari koleksi handbag patchwork dan batik yang saya ada.. Untuk koleksi gambar-gambar lain anda boleh lihat dari senarai handbag dalam blog ni, atau boleh e-mail je pada saya ye.. Insyaallah saya akan bantu anda mencari produk yang sesuai mengikut keperluan dan keinginan anda..
The Gallery Hujungminggu.My
hujungminggu.my@gmail.com | 019-6799980
No comments:
Post a Comment