Wednesday, 22 April 2015

Beg & Purse Comel untuk Kanak-Kanak

Assalamualaikum Semua..


Ada yang mencari beg dan purse untuk kanak-kanak..? Aduhai kenapa pergi jauh-jauh sangat tu.. Kat The Gallery Hujungminggu.My ni kan ada semuanya.. Untuk kanak-kanak saya ada beg sekolah, handbag, purse dan wallet.. Yela, bukan orang dewasa je kena bergaya kan.. Kanak-kanak pun nak comel dan berseri-seri kan.. Ahaa.. Handbag dan wallet kanak-kanak ni bukan sekadar untuk bergaya je tau.. Malah boleh mendidik anak-anak untuk mula menyimpan duit dan menabung.. Kan pendidikan awal bermula dari rumah kan.. Haa.. Inilah masanya..

Untuk keluaran bulan Ramadhan dan Aidilfitri nanti, Insyaallah saya akan bawakan pelbagai handbag dan wallet untuk kanak-kanak yang comel dan menarik.. Tapi sebelum tu jom kita tengok dulu antara koleksi handbag, wallet dan purse kanak-kanak yang ada di The Gallery Hujungminggu.My..














Untuk beg-beg baldu tu stok masih ada ya.. Tapi untuk handbag dan beg tadika, stok akan tiba di musim Ramadhan dan Aidilfitri nanti.. So kalau ada yang berminat boleh hubungi saya segera.. Untuk stok yang dah takde di galeri, kalau ada permintaan saya akan usaha untuk ambil stok-stok ini ya.. 


The Gallery Hujungminggu.My
hujungminggu.my@gmail.com   |   019-6799980

Terapi Stress dengan Organic Cultivation DIY

Assalamualaikum Semua..


Rupanya banyak terapi yang kita boleh cuba bila kita stress tau.. Kalau sebelum ni saya ada cerita tentang Lampu Pegaga dan Lampu Avatar, kali ni saya nak share pula tentang Organic Cultivation DIY yang anda boleh buat sendiri dari rumah.. Oh ye, bukan untuk terapi stress je tau.. Dengan Organic Cultivation ni, anda boleh didik anak-anak untuk bercucuk tanam juga.. Kalau rumah yang takde laman atau tanah macam di kondominium atau apartment, Organic Cultivation ni memang sangat sesuai untuk anda.. Nak jaga pun tak susah tau.. Hanya ikut je cara-cara menanam (ada dilampirkan dalam manual pengguna), siram dan tunggu ia membesar.. Mudah kan.. Ok jom kita tengok antara gambar-gambar dan set organic cultivation yang ada di The Gallery Hujungminggu.My..







Set Tomato, Strawberry & Cherry

Set Chamomile, Cili & Sunflower

Set Tomato, Pumpkin & Small Corn

Manual Pengguna

Amacam comel kan.. Cara nak tanam pun sangat-sangat mudah tau.. Anak-anak sekolah pun boleh buat sendiri.. Organic Cultivation ni bukan saja boleh dibuat di rumah tau, kalau ada cikgu-cikgu sekolah yang ada projek-projek sains di sekolah pun boleh dapatkan set anak-anak benih ni tau.. Okey, kalau ada yang berminat boleh hubungi saya sekarang okey..


The Gallery Hujungminggu.My
hujungminggu.my@gmail.com  |   019-6799980

Hapuskan Stress Anda dengan Lampu Pegaga & Lampu Avatar

Asslamualaikum Semua..


Harini ramai wanita yang mengadu stress di tempat kerja.. Bukan saja kat tempat kerja, balik ke rumah pun stress dengan kerja-kerja rumah yang lain.. Tak seperti lelaki, tanggungjawab wanita bukan sahaja menghadiri menyuarat dan menyiapkan tugasan pejabat, tetapi juga melaksanakan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh pakaian dan menyiapkan keperluan harian keluarga.. Mungkin sebab itulah orang kata wanita lebih tertekan dari lelaki.. Ops! saya tak kata lelaki tak stress tau.. Lelaki pun ada tekanan hidup yang tersendiri.. Tapi, fokus saya pada kali ini adalah tekanan yang lebih dihadapi oleh wanita..

So, macam mana nak hilangkan stress ni..? Haa.. Ada wanita yang pergi shopping untuk hilangkan stress.. Ada juga yang pergi bercuti di tepi laut untuk rehatkan fikiran.. Tapi, pernah tak anda fikir rupanya dengan hanya berehat kat rumah pun satu terapi terbaik untuk hilangkan stress tau.. Caranya mudah je.. Anda mesti biasa tengok orang pasang wangian terapi seperti lavender, strawberry dan macam-macam wangian lagi.. Mesti biasa tengok kan.. Bila kita pasang wangian ni, ia akan memberi satu rasa nyaman dan tenang je dalam fikiran dan hati kita.. Rasa terbang semua masalah yang membebankan kepala kita tu kan.. Haa.. konsep wangian ni samalah juga dengan Lampu Pegaga dan Lampu Avatar yang ada di The Gallery Hujungminggu.My ni.. Bezanya lampu ni tiada wangian.. Tapi cahaya dari lampu ini mampu memberi ketenangan di bilik tidur.. Perasan tak, bila kita penat kita akan selalu masuk bilik tidur dan baring kan.. Jadi, bila ada lampu ni, kita akan rasa lebih nyaman dan tenang sangat.. Bila fikiran rasa tenang, barulah kita boleh berfikir dengan lebih baik lagi kan..

Okey jom kita tengok apa yang menarik tentang lampu pegaga dan lampu avatar ni..







Lampu avatar ni fungsinya sama dengan lampu tidur.. Tapi lampu avatar ni lebih istimewa sebab design yang sangat comel dan menarik.. So kalau anda suka pada sesuatu yang unik, lampu ni memang sangat sesuai untuk anda.. Ahaa.. Bukan untuk pakai sendiri je tau.. Lampu ni boleh juga dijadikan hadiah untuk kawan-kawan dan saudara mara.. Diorang mesti suka dengan lampu ni.. Yela, bukan saja menarik tau, lampu ni pun sangat-sangat jarang ditemui di mana-mana tau.. Hanya di The Gallery Hujungminggu.My je tau.. Hehe..

Ada yang berminat dengan lampu ni..? Jom hubungi saya sekarang untuk tempahan dan pesanan ye.. Oh ye, buat masa ni stok lampu ni sangat-sangat terhad dan hanya dibuka untuk pembelian retail saja ye.. Insyaallah, kalau ada yang berminat untuk borong lampu ni saya akan buka pada anda nanti ya.. Ok jom sms / whatsapp / call saya seperti dibawah ya..


The Gallery Hujungminggu.My
hujungminggu.my@gmail.com  |  019-6799980

Tuesday, 21 April 2015

Handbag Patchwork dan Batik

Assalamualaikum Semua..


"Lain padang lain belalang, lain orang lain pilihannya.." Hmm biasa tak kita dengar perumpamaan ni masa sekolah kecil-kecil dulu.. Tapi sekarang macam dah jarang-jarang kita dengar kan.. Hehehe.. Okey, kali ni saya bukan nak cerita kenangan masa sekolah-sekolah dulu tau.. Tapi saya nak cerita pasal wanita dan citarasa mereka pada handbag ni.. 

Wanita ni ada pelbagai citarasanya tersendiri.. Ada orang suka handbag berjenama.. Ada orang yang lain pun suka pada design.. Dan ada sesetengah yang lainnya lebih kepada harga.. Hmm.. Tak kisah apa pun citarasa anda, yang pasti kita mahukan sesuatu yang terbaik untuk kita.. Betul tak..? Kali ni saya nak share tentang handbag design patchwork dan batik yang mungkin menjadi kegemaran sesetengah dari anda.. Okey, handbag patchwork ni material dan pembuatannya dari Indonesia.. Coraknya sangat unik dan warna pun sangat menarik.. Kat Malaysia memang sangat jarang kita jumpa design yang seperti ini tau.. Walaupun handbag ni mungkin nampak biasa, tapi kualitinya sangat bagus dan boleh mengisi pelbagai barang keperluan anda.. Kalau anda seorang yang gemar tukar-tukar handbag atau mencari sesuatu yang 'lain dari yang lain', anda memang patut cuba handbag patchwork dan batik ni.. Untuk tambah lebih menarik, anda boleh gayakan handbag ni dengan baju dari design atau warna plain.. 

Jom kita cuci mata sekejap dengan handbag-handbag corak patchwork dan batik ni..





Ahaa.. Ini cuma sebahagian je dari koleksi handbag patchwork dan batik yang saya ada.. Untuk koleksi gambar-gambar lain anda boleh lihat dari senarai handbag dalam blog ni, atau boleh e-mail je pada saya ye.. Insyaallah saya akan bantu anda mencari produk yang sesuai mengikut keperluan dan keinginan anda.. 


The Gallery Hujungminggu.My
hujungminggu.my@gmail.com   |   019-6799980

Agent dan Pemborong diperlukan..!

Assalamualaikum semua..


Saya dalam proses mencari agen dan pemborong bagi produk-produk The Gallery Hujungminggu.My seperti handbag dan wallet untuk wanita dan kanak-kanak, aksesori dan cenderahati untuk majlis perkahwinan, hari lahir dan macam-macam majlis lagi..  Kalau anda nak tau, semua produk The Gallery Hujungminggu.My sangat cantik, unik dan menarik.. Semua produk ni saya pilih sendiri satu persatu dan secara terus dari pembekal.. Kenapa saya ambil sendiri..? Ahaa sebab saya nak pastikan semua produk ni dikawal kualitinya.. Yela, sapa yang nak beli dan jual produk-produk yang rosak kan.. Betul tak..?

Cara untuk memborong dan menjadi agen pun sangat-sangat mudah.. Tiada yuran penyertaan diperlukan..! Tiada borang yang peningkan kepala anda nak mengisinya..! Anda hanya perlu pilih dan buat pembelian produk mengikut bajet dan kehendak anda sendiri sahaja.. Ya! Saya memang tak letak sebarang harga minima untuk anda membeli, dan ia terpulang pada bajet anda sendiri.. Mudah kan..!

Okey, keuntungannya macam mana pula..? Haa.. Inilah part yang paling best sekali.. Siapa yang nak berniaga tapi tak mau untung kan.. Lebih-lebih lagi di musim GST ni kan.. Hehe.. Okey, semua agen dan pemborong The Gallery Hujungminggu.My layak mendapat potongan harga sehingga 30% dari harga pasaran.. Kemudian, anda boleh jual semula produk-produk ini mengikut kesesuaian harga yang anda mahu letak pada pelanggan.. Kalau anda bijak bermain dengan harga, anda bukan saja dapat keuntungan 30%, malah mungkin lebih lagi keuntungan yang anda bakal dapat..






Ada yang berminat nak jadi agen dan pemborong The Gallery Hujungminggu.My..? Ahaa.. Raya pun dah dekat ni.. kalau nak jana income untuk raya ni kenalah mula dari sekarang kan.. Ya! kenalah mula dari sekarang.. Musim raya nanti harga barang pun akan melambung-lambung naik kan.. Satu cara untuk melangkah ke "financially freedom" adalah dengan berniaga.. So, apa tunggu lagi.. Jom kita berniaga.. Untuk pertanyaan dan consultation, boleh hubungi saya seperti di bawah ya..


The Gallery Hujungminggu.My
hujungminggu.my@gmail.com  |  019-6799980

Saturday, 18 April 2015

Bagaimana nak berhenti kerja dan jana income sendiri..??

Assalamualaikum semua..


Hampir setiap hari saya bertemu dengan kawan-kawan yang kecewa dengan dengan kehidupan dan kerjaya mereka.. Yela, hidup mana yang takde cabarannya kan..? Ada orang, hidupnya bahagia tapi dibebani dengan masalah kewangan.. Ada orang yang lain pula memang berjaya dalam pekerjaan, tapi ada masalah dalam hubungan keluarga.. Saya pun tak pernah terlepas dari cabaran hidup yang macam ni.. Sedih kan, bila apa yang kita lalui tidak seperti yang kita harapkan.. Jangan risau..  Itu bukan penamat kehidupan tau.. Malah, mungkin itu sebenarnya permulaan pada kehidupan kita yang baru..

Haa.. Perasan tak, bila kita sedih takde duit atau sedih dengan masalah di tempat kerja, kita akan selalu cakap pada diri sendiri, "kalaulah aku kaya nanti.." atau "kalaulah aku ada duit nanti.." Tapi ramai yang tak perasan, sebenarnya mereka tengah memberi semangat pada diri sendiri.. Bila kita sedih, kita akan bercakap pada diri sendiri dan memberi motivasi untuk bangkit semula.. Bak kata mentor saya, "nak sedih tu boleh tapi jangan lama-lama sangat".. Apa maksud tu? Yela semua orang ada perasaan sedih dengan masalah hidupnya kan.. Tapi jangan fokus masalah tu lama-lama sangat.. Yang penting adalah macam mana untuk keluar dari masalah dan bina kehidupan yang baru..

Ada yang rasa nak berhenti kerja..? Dulu pun saya macam ni.. Setiap hari nak berhenti kerja.. Malah kawan-kawan saya pun ramai yang ada perasaan macam tu.. Tapi, tunggu duluuu.. Berhenti kerja takkan dapat selesaikan masalah kalau anda tak buat perancangan yang betul.. Takkan berhenti kerja dan nak duduk melepak je kan.. Nanti nak makan apa..? So, kalau nak berhenti kerja pun, biarlah dengan cara terhormat.. Wow takutnya bunyi tu kan... Macam mana cara terhormat tu..? Okey macam ni.. Sebelum buat keputusan berhenti kerja, pastikan anda kukuhkan dulu ekonomi sendiri dan jadi Jutawan dulu barulah berhenti kerja.. Kalau belum jadi jutawan pun, jadilah peniaga part time yang berjaya dulu.. Bila dah ada income yang banyak dan agak-agak boleh cover hidup anda lepas ni, barulah berenti kerja.. 

Okey, sekarang macam mana nak jana income supaya boleh berhenti kerja ni..? Ohh dengan berniagalah.. Anda boleh pilih untuk mencipta produk sendiri, atau menjual produk orang lain.. Tapi kalau tak tau nak pilih produk apa, saya boleh bantu anda.. Di The Gallery Hujungminggu.My, saya ada pelbagai handbag dan wallet untuk wanita, remaja dan kanak-kanak.. Bukan itu je tau, saya pun ada pelbagai souvenir menarik seperti gift box untuk majlis perkahwinan, pertunangan dan hari lahir.. Selain tu, saya pun ada souvenir lain untuk dijadikan hadiah seperti lampu tidur, jewelry box, kipas dan macam-macam lain.. Semua ni boleh membantu anda menjana pendapatan supaya anda boleh memulakan langkah untuk berhenti kerja ni.. 

Okey jom tengok koleksi yang ada kat The Gallery Hujungminggu.My ni..








Haa.. Ni cuma sebahagian je yang ada di The Gallery Hujungminggu.My tau.. Untuk lihat koleksi-koleksi yang lain, marilah hubungi saya segera untuk consultation ya.. Oh ya, di The Gallery Hujungminggu.My, anda boleh memborong apa jua produk mengikut bajet anda sendiri ya.. Tiada minimum purchase tau.. Sebab apa yang penting pada saya adalah membantu peniaga-peniaga mendapatkan produk-produk yang cantik dan menarik untuk dijual semula bagi menjana pendapatan..

Okey, kala ada yang berminat boleh hubungi saya segera okey..


The Gallery Hujungminggu.My
hujungminggu.my@gmail.com  |  019-6799980
FB: The Gallery Hujungminggu.My