Salam Tengahari semua..
Ramai
yang tanya, dalam banyak-banyak handbag, yang mana satu yang kita patut
consider untuk membeli ye.. Bila tanya suami, "semuanya cantik"..
Bila keluar dengan kawan-kawan, masing-masing ada citarasa berlainan pulak
kan.. haha.. Ok la, tak payah risau-risau.. Jom kita tengok 5 Tip yang boleh
anda consider semasa membeli handbag:
1. Keperluan
Kenal
pasti keperluan handbag.. Adakah untuk pakai bekerja, bersiar-siar, travel atau
menghadiri majlis. Lain keperluan, lain la pula jenis handbag yang perlu
dibeli. Sebagai contoh, handbag pakai bekerja tak boleh la pakai semasa majlis
‘business dinner’. Memang tak salah kalau nak pakai handbag yang sama, tapi
anda nak ke dilihat sebagai orang paling pelik kat majlis tu? Atau mungkin
dikata tak tau protokol majlis..
2. Kegunaan
Kenal
pasti kegunaan anda pada masa membeli handbag tu. Adakah anda perlukan handbag
besar untuk mengisi pelbagai khazanah, atau sekadar beg kecil untuk membawa
barangan berharga saja.. harini ramai wanita bekerjaya suka carry laptop
bersama-sama mereka.. dan ada mereka ini yang tak gemar bawa sampai 2 atau 3
beg.. so, penyelesaian terbaik adalah memilih beg yang boleh fit semua barangan
ini, tapi masih kelihatan elegan..
Berbeza
pula dengan ibu-ibu muda.. kebanyakkan mereka lebih gemar membawa beg besar
yang bukan saja boleh mengisi barang-barang peribadi yang penting, tapi juga
membawa keperluan bayi seperti drypers, susu, wipes, lotion, etc
3. Harga
Kenal
pasti bajet anda. Kalau anda pentingkan lifestyle dan jenama terkenal, anda
mungkin perlukan bajet yang sedikit besar. Harga tak menentukan kualiti, tapi
biasanya harga dikaitkan dengan ‘luxury’ dan status sosial hidup seseorang.
Kalau bertemu dengan orang, tak perlu beritahu harga, lihat jenama pun orang
sudah boleh mengagak status hidup anda.
Tapi,
bagi sesetengah orang, harga bukanlah keutamaan.. sebab kalau murah dan boleh
beli lebih banyak, kenapa mesti berbelanja lebih kan. Yang murah tak semestinya
tak berkualiti.. Yang penting harus bijak membuat pilihan dan perbandingan
kualiti, fungsi dan design.. jadi, yang mana satu pilihan anda..?
4. Kualiti
Kualiti
biasanya dikaitkan dengan jenama. Lebih berjenama sesuatu handbag tu, lebih
berkualiti la ia di mata pengguna.. Kebanyakkan wanita gemar pada handbag yang
berkualiti, dan biasanya ia dibuat secara ‘referral’ dari pengguna yang lain.
Handbag yang tak berkualiti memberi kosnyang tinggi pada pengguna.. Yela, siapa
yang tahan kalau asyik nak kena repair handbag je kan.. alang-alang membeli,
baik cari yang bagus kualitinya kan..
5. Design
Dalam
semua elemen di atas, design la yang mendapat tempat tertinggi sekali.. Faktor
yang buat wanita membeli mesti la sebab design yang cantik kan.. Bergantung pada
kegunaan dan keperluan anda, design handbag yang dipilih mestilah memenuhi
semua elemen ni.. Ingat, design bukan sekadar cantik je tau, tapi juga memenuhi
keperluan dan kegunaan anda.. Lain majlis, umur dan status sosial memerlukan
design yang berbeza..
So
yang mana satu pilihan anda..? Untuk membeli handbag, jom singgah ke laman web Hujungminggu.My
ya.. Ada banyak lagi handbag yang anda boleh pilih di sana..
Semoga
jumpa lagi
The
Gallery Hujungminggu.My
019-6799980 | hujungminggu.my@gmail.com
No comments:
Post a Comment