Sunday, 22 February 2015

5 Tip Membeli Handbag

Salam Tengahari semua..

Ramai yang tanya, dalam banyak-banyak handbag, yang mana satu yang kita patut consider untuk membeli ye.. Bila tanya suami, "semuanya cantik".. Bila keluar dengan kawan-kawan, masing-masing ada citarasa berlainan pulak kan.. haha.. Ok la, tak payah risau-risau.. Jom kita tengok 5 Tip yang boleh anda consider semasa membeli handbag:

1. Keperluan

Kenal pasti keperluan handbag.. Adakah untuk pakai bekerja, bersiar-siar, travel atau menghadiri majlis. Lain keperluan, lain la pula jenis handbag yang perlu dibeli. Sebagai contoh, handbag pakai bekerja tak boleh la pakai semasa majlis ‘business dinner’. Memang tak salah kalau nak pakai handbag yang sama, tapi anda nak ke dilihat sebagai orang paling pelik kat majlis tu? Atau mungkin dikata tak tau protokol majlis..

2. Kegunaan

Kenal pasti kegunaan anda pada masa membeli handbag tu. Adakah anda perlukan handbag besar untuk mengisi pelbagai khazanah, atau sekadar beg kecil untuk membawa barangan berharga saja.. harini ramai wanita bekerjaya suka carry laptop bersama-sama mereka.. dan ada mereka ini yang tak gemar bawa sampai 2 atau 3 beg.. so, penyelesaian terbaik adalah memilih beg yang boleh fit semua barangan ini, tapi masih kelihatan elegan..

Berbeza pula dengan ibu-ibu muda.. kebanyakkan mereka lebih gemar membawa beg besar yang bukan saja boleh mengisi barang-barang peribadi yang penting, tapi juga membawa keperluan bayi seperti drypers, susu, wipes, lotion, etc

3. Harga

Kenal pasti bajet anda. Kalau anda pentingkan lifestyle dan jenama terkenal, anda mungkin perlukan bajet yang sedikit besar. Harga tak menentukan kualiti, tapi biasanya harga dikaitkan dengan ‘luxury’ dan status sosial hidup seseorang. Kalau bertemu dengan orang, tak perlu beritahu harga, lihat jenama pun orang sudah boleh mengagak status hidup anda.

Tapi, bagi sesetengah orang, harga bukanlah keutamaan.. sebab kalau murah dan boleh beli lebih banyak, kenapa mesti berbelanja lebih kan. Yang murah tak semestinya tak berkualiti.. Yang penting harus bijak membuat pilihan dan perbandingan kualiti, fungsi dan design.. jadi, yang mana satu pilihan anda..?

4. Kualiti

Kualiti biasanya dikaitkan dengan jenama. Lebih berjenama sesuatu handbag tu, lebih berkualiti la ia di mata pengguna.. Kebanyakkan wanita gemar pada handbag yang berkualiti, dan biasanya ia dibuat secara ‘referral’ dari pengguna yang lain. Handbag yang tak berkualiti memberi kosnyang tinggi pada pengguna.. Yela, siapa yang tahan kalau asyik nak kena repair handbag je kan.. alang-alang membeli, baik cari yang bagus kualitinya kan..

5. Design

Dalam semua elemen di atas, design la yang mendapat tempat tertinggi sekali.. Faktor yang buat wanita membeli mesti la sebab design yang cantik kan.. Bergantung pada kegunaan dan keperluan anda, design handbag yang dipilih mestilah memenuhi semua elemen ni.. Ingat, design bukan sekadar cantik je tau, tapi juga memenuhi keperluan dan kegunaan anda.. Lain majlis, umur dan status sosial memerlukan design yang berbeza..

So yang mana satu pilihan anda..? Untuk membeli handbag, jom singgah ke laman web Hujungminggu.My ya.. Ada banyak lagi handbag yang anda boleh pilih di sana..
Semoga jumpa lagi

The Gallery Hujungminggu.My

019-6799980 | hujungminggu.my@gmail.com

Thursday, 19 February 2015

Hai ladies.. Jom organised..!


Hai ladies.. Pernah tak ouls hadapi situasi macam ni: nak balik rumah, lepas tu cari-cari dalam handbag kunci kereta pulak takde.. hadoii puas la punggah handbag tu tapi hilang entah ke mana-mana pulak kunci ni kann.. dalam hati tu dah panas dah, orang nak balik cepat ni dia cari pasal pulak kan.. hahaha..
Sehebat atau sebesar mana pun handbag yang kita pakai, bila nak cari barang mesti tak jumpa..! Kenapa ye..? Haa.. itulah namanya wanita.. kalau boleh dalam beg tu segala macam dia nak carry kan.. dengan barang make-up, drypers anak, vitamins, kunci rumah, wallet, handphone, tissue dan macam-macam lagi la.. Dah macam poket doraemon kan.. hehe..
Ohh ladies.. rupanya masih ramai yang tak tau macam mana nak organize handbag diorang ni.. Haa tak boleh la macam tu tau.. Handbag yang kita pakai hari-hari ke kerja tak boleh la sama dengan yang kita bawa pergi jalan-jalan.. bila dah pakai handbag yang sama, tu yang dah macam-macam serangga ada kat dalam tu.. ops! Tak boleh marah tau.. cuba tanya diri sendiri, ada tak korang buat macam tu jugak? Haha..
Jadi, macam mana nak organize handbag? Jom tengok panduan kat bawah ni:
1. Kosongkan handbag

2. Kumpulkan semua barang-barang kat 1 tempat

3. Asingkan barang – mana yang perlu / mana yang patut dibuang / mana yang patut simpan kat tempat lain

4. Dah tau apa barang-barang yang perlu dalam handbag tu, sekarang mulakan aktiviti mengemas / organize

5. Mana yang patut dibuang tu, buangkan saja ke tong sampah
. 
6. Barang-barang penting macam kunci dan handphone boleh letak di poket-poket handbag

7. Barang make-up atau vitamin boleh masuk ke dalam 1 lagi beg kecil khas, dan simpan dalam handbag

8. Siap..!
Haa, sekarang dah siap kemas kan, amacam? Hangbag kita nampak lebih kemas kan.. Kepala pun rasa ringan je.. Dah takde serabut lagi dah..
Selamat mencuba uols.. ♥♥♥
#hujungminggu.my

#hangbagorganizedhatipunsenang

#jomorganized

Love,
The Gallery Hujungminggu.My

Beg Fabrik Corak Batik (HMN35A1) - RM35

Salam Semua..


Salam Tahun Baru Cina uols..! Cuti-cuti macam ni buat apa..? Haa bestnya ada yang ambil kesempatan ni pergi bercuti dan jalan-jalan kan.. hehe..

Ok la, sementara anda jalan-jalan tu jom jemput menjamu mata dengan beg-beg Hujungminggu.My.. Kali ni kami ada banyak produk-produk baru yang boleh anda pilih tau.. semua ni stok-stok baru sampai.. Orang kata "fresh from the oven" lagi tau.. hehe..







Beg ni sangat sesuai untuk semua remaja dan wanita tak kisah la sama ada masih menuntut di sekolah, pusat pengajian tinggi ataupun yang sudah bekerja.. Warna kuning ni manis kan.. Lebih manis lagi kalau digayakan dengan dengan baju dari corak plain, lebih naik serinya tau.. Even nak ke majlis seperti kenduri dan jamuan makan malam pun sesuai..

Harga untuk beg ini hanya RM35 sahaja.. Untuk pesanan boleh la hubungi hubungi kami ye..

Ukuran: Panjang x Tinggi x Lebar = 47cm x 27cm x 12cm



The Gallery Hujungminggu.My
E-mel:hujungminggu.my@gmail.com
HP: 019-6799980