Assalamualaikum semua..
Buat apa tu.. Hmm macam ada bau kuih raya dan langsir baru la.. hehehe.. Sedar tak sedar tinggal 7 sahaja lagi untuk kita melangkah ke bulan Ramadhan kan.. Rasa macam baru je kita berpuasa tahun lepas.. Okey, cakap pasal bulan Ramadhan ni apa persiapan sahabat2 semua..? Harapan saya semoga Ramadhan tahun ni kita dapat meningkatkan ibadat kita pada Allah swt dan mengambil berkat Ramadhan ini untuk beramal dan berkongsi rezeki dengan seluruh umat Islam yang lain..
Oh ye, berniaga pun ibadat juga kan..? Sebab dari berniaga ni la kita dapat membantu lebih ramai umat Islam dan buat amal jariah kepada golongan yang memerlukan.. Lebih2 lagi di bulan Ramadhan yang penuh mulia ni.. Ganjaran pahalanya lebih besar kan..
Sebenarnya saya bersyukur sangat sebab sejak akhir2 ni ramai pelanggan yang datang memborong beg2 dengan saya untuk dijual semula pada bulan Ramadhan nanti.. Kebanyakkan pelanggan2 saya ni bukan la orang2 berada yang ada bisnes dengan untung ribuan atau ratusan ribu ringgit.. Tapi rata2nya adalah mereka yang baru nak mulakan perniagaan untuk menjana kewangan dan memperbaiki taraf kehidupan.. Subhanallah.. Siapa sangka dengan perniagaan saya yang kecil ni rupanya dapat membantu orang ramai.. Walaupun saya mungkin tak dapat menjadikan sesorang tu kaya raya, tapi sekurang2nya saya dapat membantu mereka mencari jalan keluar dari masalah kewangan dan kehidupan.. Insyaallah saya akan terus berjihad untuk membantu lebih ramai lagi umat Islam memperbaiki hidup mereka..
Okey, untuk edisi bulan Ramadhan ni saya ada banyak koleksi menarik untuk semua pemborong yang berhasrat untuk menjual di bazaar Ramadhan nanti.. Antaranya adalah beg untuk wanita dan kanak2, beg galas, beg mengisi telekong, coin pouch, beg sling kanak2, tote bag untuk wanita dan remaja, travel bag dan macam2 lagi la yang saya ada.. Hadoii kalau nak list satu2 kat sini memang tak habis la saya tulis entri ni sampai esok.. hehehe.. Tapi jangan risau, semua senarai produk ni anda boleh lihat di website www.hujungminggu.my atau whatsapp saja 019-6799980.. Anda boleh check juga entri saya sebelum2 ini untuk gambar2 produk ya..
Produk2 kami ni memang 100% dijual secara online.. Tapi kalau ada yang nak pilih produk atau datang sendiri ke Galeri boleh buat appointment dulu kat 019-6799980 ya.. Sekarang ni nak memborong dah tak susah macam dulu.. Order harini, esok pun dah boleh sampai depan rumah.. Tak payah nak pening2 meredah jem.. Tak payah pening2 nak cari parking.. Tak payah sakit2 kepala nak pilih produk atau keluar masuk sampai 10 kedai.. Semuanya ada di galeri kami.. Mudah kan.. Jimat masa.. Jimat wang.. Jimat tenaga..
Okey pada yang nak memborong boleh whatsapp terus 019-6799980 ya.. Jumpa lagi..
The Gallery Hujungminggu.My
Whatsapp: 019-6799980
Website: www.hujungminggu.my
IG: hujungminggu
FB: The Galery Hujungminggu.My
Whatsapp: 019-6799980
Website: www.hujungminggu.my
IG: hujungminggu
FB: The Galery Hujungminggu.My