Sunday, 24 January 2016

Borong Doorgift Cantik, Comel & Murah

Assalamualaikum semua..


=> Anda sedang merancang majlis perkahwinan..?
=> Anda mencari doorgift yang cantik, comel dan murah untuk tetamu anda nanti..?

Kalau "YA", anda memang berada di tempat yang betul.. Di The Gallery Hujungminggu.My, kami mempunyai koleksi doorgift yang comel dan menarik untuk diborong dengan harga yang sangat-sangat rendah.. Design doorgift kami sangat-sangat comel dan menarik untuk dijadikan cenderahati untuk tetamu anda.. Nak tahu lebih lanjut apa yang menarik tentang doorgift ni..? Okey jom baca lagi kat bawah ni kelebihan-kelebihannya dan kenapa anda patut jadikan doorgift ni sebagai cenderati untuk tetamu anda nanti..

Harini bila teknologi semakin berkembang, ramai orang mencari cenderahati yang lebih unik, menarik dan lain dari yang lain untuk diberi kepada tetamu yang hadir.. Tapi kebanyakkan cenderahati macam tu mesti kosnya lebih tinggi kan.. Jadi, kalau mereka yang ada bajet rendah tak dapat la nak beli cenderahati2 yang menarik macam tu kan.. Ada juga yang pergi ke pusat memborong di Nilai 3 dan tempat2 yang lain untuk mendapatkan cenderahati2 ni.. Tapi tak semua cenderahati ni memenuhi tema majlis, dan design yang ada pun tak semuanya memenuhi keinginan kita.. Betul tak..? Design yang ada biasanya sama dengan setiap kedai yang lain.. Dari satu aspek, memang sangat mudah untuk anda bandingkan harga dengan kedai2 yang lain disebabkan kedudukan kedai yang hanya bersebelahan sahaja.. Tapi perasan tak, bila semua orang beli kat situ mestilah orang tahu berapa bajet kita tu kan.. Lepas tu, cenderahati tu jadi sesuatu yang 'biasa biasa sahaja' sebab ia senang ditemui di mana2 kenduri dan majlis.. So, apa yang istimewanya dengan cenderahati anda..??

Ha.. Walaupun kenduri atau majlis kita tu hanya beberapa jam sahaja, tapi kalau boleh kita mestilah nak jadikan majlis yang beberapa jam tu sebagai 1001 kenangan indah yang kawan2, saudara mara dan kenalan kita akan kenang sampai bila2.. Kita kahwin kan hanya sekali kan.. Betul tak..? Jadi, kita kena la rancang majlis tu dengan baik dan sempurna.. Haa.. Benda ni nampak remeh kan, tapi inilah benda paling penting sekali dalam mana2 majlis.. Cuba bayangkan anda pergi majlis orang, tapi takde apa2 cenderahati menarik yang orang tu bagi kat anda..? Mesti la anda rasa tak best kan.. 

Okey, di The Gallery Hujungminggu.My, kami ada beberapa cenderahati menarik untuk anda.. Jom tengok gambar2 kat bawah ni..










Okey, doorgift ni hanya kotak sahaja tau.. Jadi, kat dalam tu anda bebas nak letak apa2 pun.. Boleh letak candies ke.. Coklat ke.. Biskut ke.. atau apa2 sahaja makanan / cenderahati yang anda nak letak dalam tue.. Haa.. Comel kan doorgift ni.. Mesti berebut2 orang nak ambil kan.. hihihi.. Kalau dulu2 bila orang bagi kotak telur tu lepas dapat je mesti orang buang kan.. So, bersepah2 la depan rumah kita orang buang kotak tu.. Walaupun harganya cuma beberapa sen, tapi beli kita beli banyak mahal juga tu.. Beratus2 atau beribu2 Ringgit juga tu kan.. Sedih tak bila kita tengok benda yang kita beli pakai duit tapi orang buang2 je macam tu.. Nak cari duit pun kena kumpul dekat setahun juga kan nak buat kenduri2 macam tu.. Tapi.. Dengan doorgift ni memang saya jamin orang akan simpan je sampai bila2.. Sebab apa..? Sebab ia comel sangat.. Orang sayang nak buang.. Lepas tu, orang akan simpan kat rumah atau jadikannya sebagai perhiasan atau kotak menyimpan barang2 peribadi lain macam cincin ke, subang ke, rantai ke, brooch ke kan.. Haa.. Ada juga manfaat kita beri kat orang.. Betul tak..?

Pada anda yang nak beli doorgift ni secara borong, kami ada offer yang sangat istimewa iaitu diskaun 40%.. Banyak tu diskaun 40%.. Kalau kedai2 borong yang lain, kami tak pasti anda boleh dapat harga macam ni atau pun tak.. Bukan tu saja tau, untuk pembelian melebihi RM 200.00, kos penghantaran adalah percuma je.. Mudah kan, anda cuma duduk depan komputer / handphone, buat pesanan dan bayaran, lepas tu kami pos je ke rumah anda.. Tak perlu lagi penat2 pusing merata2 kedai kan.. Jimat masa, jimat tenaga, jimat duit.. Haa.. Kat mana lagi nak dapat offer best macam ni kan.. Oh ye, kalau anda nak datang ke Galeri kami di Senawang, Negeri Sembilan pun boleh juga.. Cuma inform Pengurus Galeri kami, Zakiah di 019-6799980 untuk appointment ya..

Okey, sampai jumpa lagi di entri yang akan datang.. Untuk maklumat produk anda boleh layari website kami www.hujungminggu.my atau FB: The Gallery Hujungminggu.My yea..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980

Borong Beg dan Blouse Cantik & Murah

Assalamualaikum..


Semakin hari semakin ramai yang call dan whatsapp saya untuk memborong produk2 di Galeri saya seperti handbag, beg kanak-kanak, tote bag dan blouse.. Kebanyakkan mereka ni memborong untuk dijual semula di kedai online masing-masing.. Ada juga yang memborong produk2 ni untuk dijadikan cenderahati di majlis2 dan kenduri2.. Ramai yang mula2 tu cuma datang untuk melihat2 sahaja produk yang ada.. Tapi Alhamdulillah.. Lepas mereka datang ke Galeri saya, mereka terus tertarik dengan koleksi yang saya ada dan terus memborong.. Syukur sangat2 sebab dengan produk2 ni saya dapat membantu menyelesaikan masalah mereka..

Okey,  kenapa saya kata dengan produk2 ni saya dapat bantu masalah mereka..??

Pertama, anda mesti pernah menghadapi masalah bila tiap2 kali nak cari barang, tapi tiada yang berkenan di hati.. Kalau ada pun harganya sangat mahal dan tak berbaloi dengan kos.. Yela, kalau anda seorang peniaga, mestilah anda kena ambil kira harga dan kos.. Betul tak..? Kalau tak, macam mana nak jual balik kan..? Mana ada ada orang yang berniaga tapi tak untung.. Betul tak..? 

Kedua, design yang ada di pasaran kebanyakkannya tidak memenuhi selera anda.. Penat keluar masuk tiap2 kedai, tapi akhirnya tiada satu pun produk2 yang berkenan di hati.. Sudah la penat, masa dan duit pun terbuang macam tu je kan.. Haa.. Kalau anda seorang peniaga, masa dan duit tu memang sangat2 berharga.. Kat luar, memang banyak produk yang dijual, tapi kita kena la pandai pilih mana yang terbaik dari segi harga, kualiti dan design.. Dulu saya pernah menghadapi masalah macam ni.. Boleh dikatakan, saya salah seorang dalam kategori penat tu la.. Bayangkan la saya tinggal di Seremban.. Lepas tu di kawasan saya tak banyak pemborong yang jual produk2 yang macam saya nak.. Jadi, saya ke KL untuk cari produk.. Merata2 juga saya pergi.. Ke Nilai pun saya pergi juga.. Tapi harga yang ditawarkan tak setanding dengan designnya.. Macam mana saya nak jual balik..?? Kalau boleh jual pun dah tentu ada pesaing yang lain kan.. So, customer tak banyak beli dengan saya sebab mereka ada pilihan yang lain.. Pening kepala wooo masa tu..

Jadi, sebab2 inilah yang mendorong saya untuk fikir dan mencari sendiri produk2 ni terus dari sumber.. Alhamdulillah syukur sangat2... Akhirnya saya dapat mencari produk2 ni terus dari sumber..  Asalnya, saya cuma nak jual produk2 ni secara retail je di online.. Tapi disebabkan permintaan yang tinggi dari pelanggan, terutamanya peniaga2 yang pernah mengalami masalah macam saya dulu, jadi saya kembangkan lagi perniagaan ni dan mengedar produk2 ni untuk mereka yang berhasrat untuk membelinya secara borong.. Disinilah saya cuba untuk mudahkan orang ramai yang nak dapatkan produk2 ni.. Untuk pembelian secara borong, diskaun ada 40% dengan minimum pembelian 5 unit sahaja.. Memang saya tak letakkan kuantiti yang tinggi2 macam pemborong yang lain.. Sebab pada saya, dulu saya pernah susah nak cari produk2 macam ni untuk mulakan perniagaan.. Jadi sekarang ni saya nak mudahkan hidup ramai orang supaya semua orang mampu untuk mulakan perniagaan dan seterusnya membaiki taraf kewangan dan kehidupan mereka..

Okey, kalau anda bukan peniaga sekalipun.. Tapi berhasrat untuk dapatkan produk2 ni untuk kenduri atau apa2 sahaja majlis, anda pun boleh dapatkan dengan saya.. Diskaun untuk memborong tetap sama dengan mereka yang berniaga.. Insyaallah produk2 di Galeri saya semuanya terbaik dan berkualiti dan takkan mengecewakan anda..



Okey, gambar kat atas ni adalah antara produk2 yang terdapat di Galeri kami.. Pengurus Galeri kami adalah Zakiah yang comel macam dalam gambar ni.. hihi.. Semua produk2 yang dipesan pelanggan, urusan penghantaran dan melayan customer online dan offline semuanya diuruskan oleh Zakiah.. Ramai yang puji dan suka dengan khidmat pelanggan kami yang terbaik.. Yela, pada kami pelanggan adalah keutamaan dan kami sangat pentingkan hubungan yang baik dengan pelanggan.. 



Gambar yang ni pula adalah salah seorang pelanggan yang berkunjung ke Galeri kami baru2 ni.. Terima kasih pada Puan Faridawati dan suami yang sudi berkunjung ke Galeri kami.. Kalau nak tau, Puan Faridawati ni memborong tote bag untuk dijadikan cenderahati pada majlis aqiqah anaknya yang baru lahir.. Semoga majlis berjalan dengan lancar dan sempurna ye Puan Faridawati.. Nanti jangan lupa datang membeli lagi okey.. hihi..



Ini pula adalah koleksi2 terbaru kami.. Blouse ni memang sangat cantik, selesa di pakai dan harganya pun murah.. Ramai yang suka dengan blouse ni.. Apa yang menarik pasal blouse ni adalah, ianya menyerap peluh, warnanya cantik dan terang, sesuai dipakai dengan apa2 sahaja skirt labuh, seluar panjang dan tudung.. Kalau ada yang nak beli borong, boleh hubungi pengurus kami, Zakiah ya..



Ini adalah gambar booth kami semasa bulan Ramadhan tahun lepas.. Alhamdulillah kami kenal ramai pelanggan dan pemborong2 masa booth ni juga la.. Ramai yang suka dengan konsep booth kami yang cantik dan bersih.. hihihi.. Insyallah minggu depan kami akan berada di Johor Bahru pula untuk Karnival Ayuh Johor Sihat di Dataran Bandaraya JB pada 28-29 Januari 2016.. Kalau anda ada di sana boleh temui kami nanti ya.. 





Yang ini pula antara produk2 patchwork dan tote bag yang sangat digemari oleh pelanggan2 kami.. Kalau anda memborong dengan kami, saya akan beri cadangan produk yang paling laris dan mendapat perminataan tinggi pelanggan supaya anda lebih mudah untuk menjualnya.. Produk2 patchwork ni buat masa ini dah sold out, tapi saya dalam proses untuk restock semula dan insyaallah akan berada di pasaran sekitar 2 minggu lagi.. Boleh berhubung dengan pengurus kami, zakiah untuk maklumat produk ya..



Ini pula adalah bunting tentang borong produk2 kami.. Bunting ni kami gantung disekitar senawang.. Tapi kalau anda berada di luar Senawang, jangan risau tau.. Produk2 kami masih boleh diborong secara online.. Urusan pos adalah percuma bagi pembelian melebihi RM 200.00.. Boleh berhubung dengan pengurus kami, Zakiah untuk maklumat lanjut ya.. 


Okey, rasanya dah panjang juga entri saya kali ni.. Nanti saya update lagi pasal borong dan produk2 kami ya.. Jangan lupa tau, untuk memborong boleh hubungi pengurus kami, Zakiah di 019-6799980..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com

Friday, 22 January 2016

Positive Feedback dari Pelanggan

Assalamualaikum..


Syukur Alhamdulillah.. Semakin hari semakin ramai pelanggan2 yang berpuas hati dengan produk2 dan kualiti khidmat pelanggan dari team The Gallery Hujungminggu.My.. Macam mana saya tahu..? Haa.. Dari pelanggan saya sendiri la.. Lepas dapat je parcel barang2 pesanan tu, diorang terus whatsapp kami dan beri feedback yang sangat2 positif.. Alhamdulillah semua feedback yang saya terima semuanya berpuas hati.. Setakat ni belum lagi saya dapat complaint atau feedback yang negatif.. Semuanya positif sahaja dari pelanggan yang gembira dan berpuas hati.. hehehe..

Apa yang diorang cakap tentang kami..? haa jom tengok kat sini:

=> "Baju cantik.. Sesuai dipakai.. Servis tip top.."



=> "Doorgift cantik dan unik untuk kenduri kahwin dan tunang"



=> "Excellent Customer Service"



=> "Patchwork handbag yang cantik dan unik"



Okeyyy ni antara beberapa review pelanggan yang boleh saya share kat sini.. Sebenarnya ada banyak lagi feedback positif yang saya terima.. Tapi kalau letak semua dalam ni nanti jenuh kerja kita harini dok baca review je kannn.. hehehe..

Apa agaknya barang2 yang diorang beli ni ye..? Jom kita tengok lagi kat bawah ni..

=> Blouse yang cantik dan selesa dipakai



=> Doorgift untuk kenduri2



=> Tote Bag yang cantik




Inilah antara sebahagian produk2 terlaris yang dibeli oleh pelanggan2 kami.. Jadi, kalau anda nak membeli tak kira la secara retail ataupun borong boleh la hubungi saya di 019-6799980 yea.. Yang nak jana income tambahan dan jadi agent dropship pun boleh hubungi saya juga yea.. 


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980

18,675 Mahasiswa Tidak Berduit untuk Makan - Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia

Assalamualaikum..




Beberapa hari lepas saya ada terbaca berita tentang kajian oleh Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia terhadap 6 buah universiti tempatan mengenai "Mahasiswa dan Cabaran Ekonomi".    Berdasarkan kajian ni, Pertubuhan ini mendapati seramai 18,675 orang mahasiswa kita tak berduit untuk makan..! Hmm.. Ada yang beri feedback positif.. Dan ada juga yang terus menyalahkan pelajar2 kita dan pihak2 berwajib.. Pelajar2 dipersalahkan sebab terlalu boros dalam berbelanja dan menggunakan wang pada perkara2 yang tak penting seperti handphone yang mahal.. Pihak2 berwajib pula dipersalahkan kerana tak memberi bantuan yang sewajarkan pada pelajar2 kita.. Tapi pandangan saya pula, krisis ekonomi dan kewangan ni adalah masalah global disebabkan oleh perubahan harga minyak, komoditi dan matawang dalam pasaran dunia.. Bukan sahaja di Malaysia, malah negara2 maju yang lain pun takkan terlepas dari krisis global ni.. Haa kita masuk bab ekonomi dunia pula kali ni kan.. hehe.. 

Tapi persoalannya sekarang, apa yang anda buat untuk pulihkan masalah kewangan dan ekonomi..? Sekurang-kurangnya pun untuk pulihkan masalah kewangan dan ekonomi diri sendiri..! Adakah anda hanya duduk diam membisu sambil berdoa tukaran Ringgit kembali pulih seperti dulu..? Atau bangkit mencari peluang membaiki ekonomi dan kewangan diri sendiri..? Yes, berdoa itu bagus.. Tapi berdoa tanpa usaha takkan membawa anda ke mana2.. 

Sebagai peniaga, saya melihat krisis ekonomi dan kewangan ni sebagai satu 'peluang' yang baik.. Peluang untuk saya bantu orang2 melayu membaiki kehidupan dan taraf kewangan mereka.. Peluang untuk mereka menjana pendapatan tambahan.. Dan peluang untuk mereka keluar dari masalah hutang buat selama-lamanya.. Bagaimana saya boleh mencipta peluang untuk anda..? Atau kalau anda salah seorang pelajar yang 'terjerat' dengan masalah kewangan dan menjadi penyumbang dalam statistik kat atas ni, macam mana saya boleh mencipta peluang untuk anda..? Caranya adalah dengan memulakan perniagaan.. Mulakan secara kecil-kecilan dulu pun takpe.. Sebab yang penting adalah usaha yang berterusan untuk mencapai matlamat bebas hutang tu.. Masalah ramai orang kita sekarang, diorang dah mulakan perniagaan tapi tak berani untuk menghabiskannya.. Bila ada 'permulaan' mestilah kena ada 'penghabisan'.. Betul tak..? Tapi orang2 kita ramai yang berhenti dipertengahan jalan.. Jadi, macam mana nak baiki ekonomi dan kewangan kalau kita takde semangat yang kental untuk berubah.. Betul tak..?

Jadi, kalau anda betul2 tekad dan bersemangat untuk berubah, anda kena mulakan sekarang.. Ingat, hanya anda je yang boleh mengubah nasib diri anda sendiri.. Cuba fikirkan, selama beberapa tahun hidup ni apa yang anda buat untuk baiki diri sendiri..? Atau sekurang-kurangnya memberi kesenangan dan kehidupan yang lebih baik untuk ibu bapa, isteri, anak2 dan keluarga anda..? Adakah anda jenis yang tak kisah dengan apa pun yang berlaku dan hanya menyerahkan nasib hidup anda pada takdir semata2.. Tapi lepas tu jangan la complaint pasal duit tak cukup atau belanja dapur semakin mahal.. Sebab anda sendiri yang tak nak berubah kan.. Berapa lama lagi anda nak teruskan hidup macam ni..? 10 tahun lagi..? 20 tahun lagi..? Atau selama-lamanya..?

Untuk anda yang nak mulakan langkah pertama untuk berniaga dan membaiki kewangan, kami di The Gallery Hujungminggu.My mempunyai pelbagai koleksi handbag, wallet, aksesori, cenderahati dan blouse yang cantik, murah dan menarik untuk dibeli secara borong.. Dengan setiap pembelian produk, anda akan dapat diskaun sebanyak 40%.. Jadi, anda boleh jual semula produk2 ni mengikut harga pasaran atau terserah pada anda nak letak berapa harga sekalipun.. Apa yang penting adalah anda dapat menjana wang dari jualan produk2 ni.. Pada anda yang takde modal atau tak berani untuk keluarkan modal, anda boleh join sebagai agent dropship dengan komisyen sebanyak 10% dari harga jualan.. Apa yang menarik dengan dropship, komisyen dibayar pada setiap 15hb.. Jadi, pada masa kebanyakkan orang menjadi 'kering' pada tengah2 bulan dan menunggu gaji pada hujung bulan, anda masih boleh enjoy dengan pendapatan tambahan dari komisyen ni.. Lebih banyak anda menjual, lebih banyak la komisyen untuk anda.. Apa yang penting adalah 'rajin' dan 'konsisten'..

Nak tau lebih lanjut pasal memborong atau dropship dengan The Gallery Hujungminggu.My..? Boleh whatsapp saya di 019-6799980 yea..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980

Borong Paddle Pop..??

Assalamualaikum..


Borong Paddle Pop..?? Biar betul.. Paddle Pop pun ada orang nak borong ke..?? Hahaha.. Bertenang.. Bertenang semua.. Ni bukan cerita memborong aiskrim paddle pop yang menjadi kegemaran anak2 kita tu.. Tapi, tote bag dengan corak2 Paddle Pop yang warna warni.. Beg ni saya namakan sebagai Forsythia.. 

Sebenarnya kalau anda perasan, banyak produk2 The Gallery Hujungminggu.My yang saya namakan dari nama2 bunga.. Haa.. Inilah yang uniknya produk2 kami.. Kenapa saya pilih nama2 bunga..? Sebab pada saya bunga adalah sesuatu yang harum, warna warni dan indah.. Jadi, dengan memiliki produk2 dari The Gallery Hujungminggu.My, saya mahu semua pelanggan dan peniaga2 menikmati satu perasaan yang indah, warna warni dan harum.. Bila pakai je beg2 ni rasa seronok, bahagia, gembira dan teruja.. Haa.. Sebenarnya macam tu la juga kehidupan ni.. Kalau boleh kita nak hidup kita sentiasa indah, gembira, bahagia dan aman damai.. Betul tak..?

Okey, berbalik pada beg2 Forsythia yang ala2 Paddle Pop ni kan.. Jom saya bawa anda meneroka 'kemanisan', 'keharuman' dan 'keindahan' beg ni.. Hmm.. Paddle Pop + Forsythia.. Eh2 macam kombinasi yang bagus pula kan.. Manis bertemu manis.. hehe..






Sebenarnya, beg ni cukup besar dan luas untuk menyimpan dokumen2, laptop, alat tulis, buku dan barang2 peribadi yang lain.. So, kalau anda seorang pelajar kolej, guru sekolah, pensyarah dan wanita bekerja pejabat, saya sangat2 syorkan anda dapatkan beg ni sebab ia memudahkan aktiviti dan pergerakan anda seharian.. Kalau dulu anda terpaksa bawa sampai 2 atau 3 beg ke kolej atau tempat kerja, dengan beg Forsythia ni anda hanya perlu membawa 1 sahaja beg.. Sebab semuanya anda boleh masukkan dalam beg Forsythia ni.. Mudah dan menjimatkan masa anda.. Kenapa saya kata menjimatkan masa..? Sebab bila anda pakai 1 beg sahaja, anda tak perlu lagi berpatah balik ke kereta atau rumah semata2 nak bawa semua barang2 keperluan ni.. Semuanya selamat dalam 1 beg sahaja.. 

Beg Forsytia juga dijahit dengan penuh teliti dan kasih sayang.. Materialnya dari bahan2 berkualiti tinggi dan tahan lasak.. Jadi, ia tahan lama dan boleh dipakai sehingga beberapa tahun.. Woww jimat duit lagi tu kan.. Inilah yag kita kata alah membeli tapi menang memakai.. Maksudnya, alang2 membeli, biarlah beli yang elok sikit kan.. Barulah berbaloi dengan pelaburan kita tu kan.. 

Oh ye, sebenarnya beg Forsythia ni ada macam2 design lagi.. Kalau anda tak gemar pada corak paddle pop ni, saya masih ada beberapa corak lain yang mungkin boleh anda pilih.. Jom tengok kat bawah ni..







Sekiranya anda seorang pemborong dan berhasrat nak nak dapatkan beg2 ni utk dijual semula, anda boleh hubungi kami di 019-6799980 yea.. Diskaun 40% untuk setiap pembelian borong.. Pada anda yang nak beli borong dan jadikan beg2 ni sebagai cenderahati untuk majlis2 korporat atau perkahwinan pun boleh hubungi saya juga yea.. Dan diskaun 40% semestinya untuk anda juga.. =)

Untuk product The Gallery Hujugminggu.My yang lain, anda boleh layari website kami di www.hujungminggu.my atau FB The Gallery Hujungminggu.My ya..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980

Thursday, 21 January 2016

Borong buat hidup saya huru hara...!!

Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah.. Malam ni baru ada masa terluang sikit nak melunjurkan kaki dan merehatkan pinggang lepas melalui hari2 yg begitu mencemaskan sepanjang minggu ni.. Adoii apa yang mencemaskan sangat tu..?? hehehe.. Sebenarnya bukan apa, sepanjang minggu ni saya dan team The Gallery Hujungminggu.My agak huru hara sikit menguruskan pesanan pelanggan yang beli secara retail dan borong.. Mana nak bungkus lagi.. Mana nak pergi pejabat pos lagi.. Mana yang nak datang Galeri tengok produk lagi.. hehehe.. Apa pun, saya bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah swt kurniakan buat saya dan team The Gallery Hujungminggu.My pada tahun ni.. Alhamdulillah.. Permulaan yang baik untuk kami di tahun 2016..



Kenapa saya seronok..? Seronok sebab saya dapat bantu raaamai orang.. Bantu peniaga2 mencari produk2 yang dapat menjana income mereka.. Bantu pelanggan2 mencari produk2 yang cantik dan berkualiti.. Betul.. Bila dah terjebak dalam perniagaan ni, anda akan rasa seronok sangat bila kita boleh bantu ramai orang menyelesaikan masalah.. Ops! masalah yg macam mana..? Haa masalah untuk mencari produk2 yang cantik, menarik dan berkualiti laa.. Okey, saya tanya anda ni.. Pernah tak anda masuk dekat 10 kedai tapi satu baju pun takde yang cantik2 atau menarik..? Haa mesti pernah kan.. Apa anda rasa masa tu..? Marah..? Kecewa..? Penat..? Haa.. Inilah yang saya cuba bantu sekarang.. Saya cuba membantu pelanggan2 dan peniaga2 mencari produk2 yang cantik, menarik dan berkualiti.. Kalau bukan untuk dijual sekalipun, at least produk yang mereka boleh pakai sendiri.. 

Sebut pasal terjebak dalam perniagaan ni kan, saya teringat masa mula2 saya bangunkan perniagaan ni dulu.. Sebenarnya tak pernah ada dalam kamus hidup pun nak jadi ahli perniagaan.. Yela, mana ada  siapa2 dalam family saya yang berniaga.. Modal nak berniaga pun saya takde tau.. Cuma masa tu saya banyak fikir pasal kewangan la.. Saya fikir pasal hutang2 kad kredit, PTPTN, duit rumah, duit kereta, sekolah anak dan macam2 lagi hutang laa.. Tapi ntah macam mana, tiba2 ada kawan yang ajak saya join kelas2 perniagaan masa hari2 cuti hujung minggu.. So, bermula dari situ la saya mula aktif menceburkan diri dalam perniagaan ni.. Dari modal sikit2, saya kembangkan perniagaan ni sampailah harini saya dah boleh tersenyum gembira.. Ops! senyum bukan bermakna dah kaya raya jadi jutawan tu tau.. Tapi senyum melihat perkembangan perniagaan ni dari tiada apa2, sampailah ke tahap sekarang.. Saya mengakui perjalanan hidup ni tak semudah yang kita fikirkan.. Tapi dalam diri saya ni ada satu semangat yang sentiasa berkobar2 setiap hari.. Semangat yang kental untuk berjaya.. Alhamdulillah.. Semangat inilah yang memandu saya hingga ke harini.. Saya percaya kalau anda berusaha, anda pun pasti berjaya mendapat hasilnya.. 

Okey la, tak mau cerita pasal sedih2 lagi.. Now back to business.. hehehe.. Hidup mesti diteruskan.. Betul tak..? Oh ye, baru2 ni saya banyak terbaca pasal student kita yang tak cukup makan la.. Pasal pekerja2 kontrak yang kena buang kerja la.. Pasal ekonomi yang tak berapa bagus la.. Pasal cadangan pakar2 ekonomi untuk wujudkan '2 kali pendapatan sebulan' laa.. Dan macam2 lagi cerita sedih.. Aduhh.. Sekali lagi saya teringat zaman2 kesusahan saya dulu.. Nampaknya isu krisis kewangan dan ekonomi ni bukan sahaja melanda negara kan.. Tapi orang2 kita pun ramai yang terkena tempiasnya.. Pasal krisis2 kewangan dan ekonomi ni saya sebenarnya ada cerita best juga nak share dengan anda.. Tapi saya simpan dulu la cerita ni ye.. Kalau cerita harini, nampak gaya malam ni semua orang tak tido la nanti kan.. hehehe.. Insyaallah esok saya akan cerita panjang lebar dengan anda nanti yea.. 

Pada anda yang nak memborong handbag patchwork, tote bag, travel bag, lunch bag dan blouse yang cantik2 dan menarik boleh la hubungi saya di 019-6799980 yea.. Nak follow saya kat twitter dan Facebook pun boleh.. hehehe


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980

Wednesday, 20 January 2016

Produk Terbaru: Blouse Cantik, Warna Warni dan Murah..!

Assalamualaikum..


Aduhaiii.. Dah lama saya tak update blog kesayangan ramai ni.. Dah bersarang-sarang pun.. hehe.. Sebenarnya bukan saya sengaja menyepikan diri.. Cuma sejak kebelakangan ni saya sibuk sikit menguruskan perniagaan handbag dan blouse saya.. Oh ye, sebelum terlupa saya nak announce juga kat sini yang saya baru sahaja melancarkan produk terbaru di The Gallery Hujungminggu.My iaitu blouse yang cantik, murah dan menarik utk wanita dan remaja..

Apa yang menarik dengan blouse ni..? Okey, seriously blouse ni memang sangat2 selesa dipakai.. Saiz yang flexible atau free size, yang mana semua wanita dan remaja yang bersaiz badan M sampai XL pun boleh pakai.. Saya suka sangat blouse ni.. Sebab ia tak ketat sangat dan tak longgar sangat.. So memang sangat sesuai dengan wanita2 dan gadis2 muslim kita yang pentingkan etika berpakaian.. Warna pula ada macam2 pilihan warna dan semuanya sangat colourful dan sesuai digayakan dengan apa2 sahaja seluar, skirt labuh dan tudung.. Untuk penampilan yg lebih menarik dan anggun, saya cadangkan anda sesuaikan dengan seluar, skirt labuh dan tudung yang bercorak sebab blouse ni semua adalah 'plain', iaitu tidak bercorak2.. So sesuai sangat kalau anda nak gayakan ke tempat kerja dan kuliah.. Kalau nak padankan dengan lounge suit pun boleh.. Lebih kemas dan bergaya..!

Kalau anda nak tau, blouse ni memang dah masuk kategori 'hot selling item' dan 'selling fast' sebab ramai yang suka dengan warna2 pilihan dan materialnya yang lembut dan selesa.. Di The Gallery Hujungminggu.My, saya memang sangat2 pentingkan kualiti produk.. Sebab kalau boleh saya nak pelanggan membeli kerana kualiti dan keselesaan, bukan pada harga semata2.. Sebab itulah saya bawa masuk blouse2 ni semua ke wardrobe The Gallery Hujungminggu.My.. Barang yang baik mestilah kita kena share kan.. 

Okey.. Ni adalah beberapa warna bagi blouse ukuran pendek.. Pendek ni takde la pendek sangat, cuma paras pinggang la.. So kalau anda tak suka paras pinggang, anda boleh adjust baju ni hingga bawah punggung sebab ia flexible mengikut badan anda..







 



Di bawah ni pula adalah warna2 pilihan untuk blouse ukuran labuh, iaitu hingga paras paha.. 





Haa.. Amacam..? Menarik kan warna2 blouse ni semua.. Boleh buat koleksi juga.. Kalau anda seorang yang sentiasa sibuk dengan urusan harian dan mencari blouse yang tak perlu digosok, saya memang sangat2 mencadangkan anda mengambil blouse ni.. Warnanya pun tak mudah luntur.. Ramai wanita2 yang dah merebut peluang menjadi antara orang2 pertama mendapatkan blouse ni.. Anda bila lagi..? Masih tak pasti nak beli ke tak..? Haa jom tengok lagi koleksi blouse ni..


Haaa.. Cantik kan.. Ramai yang dah borong sampai 4 pasang tau blouse2 ni semua.. Masing2 excited nak pakai blouse ni.. hihihi.. Okey, pada anda yang nak dapatkan blouse ni boleh whatsapp saya terus di 019-6799980 ya.. Bagi peniaga2 atau bakal2 peniaga yg nak dapatkan blouse2 ni pun boleh hubungi saya ya..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com