Thursday, 31 December 2015

Back to School: Lunch Bag Spiderman @ RM 25.00

Assalamualaikum semua..


Di entri sebelum ni saya ada cerita dan post beberapa gambar lunch bag untuk kanak-kanak sekolah kan.. Untuk entri kali ni dan akan datang pula saya akan tunjuk lagi beberapa gambar yang lebih terperinci bagi setiap lunch bag ni.. Orang kata, "photo speaks lounder than the words" kan.. Haha.. Rupanya ramai juga yang menjadikan gambar sebagai faktor utama yang perlu mereka consider sebelum membuat pembelian.. Betul tu.. Saya setuju sangat.. Sebab saya pun macam tu juga, especially bila nak beli barang yang mahal kan.. 

Kalau anda nak tahu, ramai ibu-ibu yang suka dengan koleksi lunch bag yang ada di The Gallery Hujungminggu.My.. Wahh nampaknya bukan anak-anak yang nak bawa ke sekolah ni, tapi ibu-ibu yang lebih tertarik dengan kecomelan koleksi ni dan berhasrat untuk diberi kepada anak-anak mereka.. hehe.. Lepas tu dalam kepala pun bermacam-macam resepi la yang ibu-ibu ni nak sediakan untuk anak-anak mereka kan.. Ni barulah masak dengan kasih sayang namanya kan.. Masak dari hati.. hehe.. Ok la, seperti yang dijanjikan jom kita tengok apa yang best sangat dengan lunch bag Spiderman ni..

Pandangan Depan

Pandangan Sisi

Pandangan Belakang

Pandangan Atas


Lunch Bag ni sifatnya kalis air.. Jadi, ia sangat mudah untuk dibersihkan dan ibu-ibu tak perlu risau untuk membersihkan beg ini.. Hanya lap kan sahaja, kemudian lipat untuk disimpan.. Ia juga mempunyai 2 ruangan tempat menyimpan makanan, iaitu ruangan atas dan bawah.. Untuk ruangan bawah, ibu-ibu boleh letak makanan berkuah yang mudah tumpah seperti sup atau makanan berlauk yang lebih berat.. Kemudian, zipkan sahaja supaya bekas makanan tak mudah bergerak.. Untuk bahagian atas pula, boleh la letak makanan tak berkuah atau yang ringan seperti nasi putih, nasi goreng, mee goreng dan buah-buahan.. Haa mudah kan.. Inilah salah satu cara untuk kita didik anak-anak untuk jadi lebih organize.. Dengan cara ni juga, kita boleh kurangkan masalah makanan tertumpah ke dalam beg sekolah.. Tak gitu..?

Ada yang  berminat nak dapatkan lunch bag ni..? Jom whatsapp / call / sms saya sekarang di 019-6799980 atau e-mel di hujungminggu.my@gmail.com.. Murah je harganya cuma RM25.00 dan diskaun 40% kalau anda beli secara borong minimum 5 unit ya..

Harga Retail: RM25.00 (tak termasuk pos)
Harga Borong: RM15.00 (min 5 pcs)
Ukuran: P (22cm) x L (16cm) x T (33cm)



The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my

Promosi "Back to School" : Lunch Bag untuk Kanak-Kanak Sekolah

Assalamualaikum semua..


Apa khabar? Harapan saya supaya anda sentiasa sihat sejahtera, terutamanya sekali di musim-musim  tengkujuh dan cuti sekolah ni.. Oh ye, tinggal beberapa hari je lagi anak-anak akan memulakan sesi persekolah yang baru untuk tahun 2016.. So, dah beli barang keperluan anak-anak nak ke sekolah nanti? Alhamdulillah.. Nampaknya ramai ibu bapa yang dah buat perancangan yang lebih awal kan.. Maklum la dengan kos yang semakin meningkat ni banyak perkara kita kena consider kan.. 

Bercakap pasal kos ni kan, mungkin lepas ni kita boleh kurangkan makan di luar dan galakkan anak-anak untuk membawa bekal makanan dari rumah.. Haa, bukan saja boleh jimatkan perbelanjaan, makanan pun dah pasti terjamin bersih dan menyihatkan.. Betul tak? So, duit yang lebih tu boleh la kita didik anak-anak untuk menabung pula.. 

Macam mana nak galakkan anak-anak makan makanan dari rumah yang menyihatkan ni? Ahaa.. Untuk kali ini, saya nak perkenalkan "Lunch Bag" yang comel dan menarik untuk anak-anak anda bawa ke sekolah.. Jom kita tengok antara koleksi menarik yang saya ada kat sini:

Spiderman
Captain America

Frozen

Masha and the Bear

Amacam comel tak design lunch bag ni semua? Design ni semua dari animasi kartun dan rancangan tv kegemaran anak-anak kita.. Kalau anda nak tau, beg ni sangat bagus tau.. Sebab apa saya kata bagus? Haa jom kita tengok lagi kat bawah ni antara kelebihan-kelebihan lunch bag ni:

  • Design yang comel dengan warna menarik yang memikat hati anak-anak anda
  • Dilengkapi zip dan mempunyai 2 ruangan khas atas dan bawah untuk menyimpan bekal makanan anak-anak
  • Mempunyai tali yang memudahkan anak-anak membawa dengan tangan ke sekolah - tiada lagi masalah makanan tertumpah dalam beg sekolah (hooray..!)
  • Diperbuat dari material kalis air - mudah dicuci
  • Mudah dilipat bila tidak digunakan - jimat ruang dan senang nak bawa ke mana-mana sahaja  

Harga retail: RM25.00 (belum termasuk pos laju)    

Harga borong: RM15.00 (min 5 pcs)
Ukuran: P x L x T = 22cm x 16cm x 33cm

Untuk maklumat produk yang lebih detail dan gambar-gambar, anda boleh check juga di website saya    DISINI ya..


Macam mana nak buat pesanan? Haa.. Macam biasa, pesanan boleh dibuat sama ada melalui sms / whatsapp / e-mel pada saya, seperti dibawah ya.. Pembelian secara borong dan retail diterima ya.. Jadi, jangan malu-malu untuk hubungi saya okey.. 


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my

Saturday, 5 September 2015

Borong Tote Bag Murah, Cantik dan Menarik

Assalamualaikum..


Ramai yang tak tau "tote bag" bukan sekadar mengisi barang-barang keperluan sahaja.. Tapi "tote bag" juga boleh digunakan sebagai "shopping bag" terutamanya semasa kita keluar pergi shopping barang-barang dapur.. Perasan tak, selalunya bila kita beli barang mesti cashier tu akan masukkan barang-barang kita dalam plastik kan.. Tapi bila terlalu banyak barang yang kita beli, kan susah nak bawa plastik yang banyak-banyak tu kan.. Boleh sakit juga jari jemari kita yang comel tu nak bawa semua barang kan.. Apatah lagi kalau masa tu kita shopping sorang-sorang kan.. Hadoii boleh bikin stress kepala dan perasaan kita kan..

Haa.. Jangan pening-pening kepala.. Mulai harini apa kata kita amalkan budaya membawa "tote bag" atau "shopping bag" ni setiap kali kita keluar shopping.. Harini "tote bag" dah ada macam-macam design tau.. Jadi, takde la rasa malu sangat dengan orang sekeliling masa kita pergi shopping kan.. hehe.. Honestly, saya memang suka bawa "tote bag" ni masa pergi shopping sebab saya selalu rimas nak bawa plastik banyak-banyak.. Kalau ada 1 beg kan senang.. Sumbat je semua barang-barang kat dalam tu, lepas tu sarung je ke bahu dan jalan.. Kan mudah macam tu kan.. Saya perasan bila saya sarungkan beg ke bahu, rasa sakit tangan tu berkurang sikit sebab sokongan banyak diberi pada bahu berbanding dengan jari jemari saya yang comel ni.. hehe.. Kalau dulu bila pakai plastik je mesti payah nak berhenti kat kedai-kedai lain sebab terpaksa masuk kereta dulu dan simpan barang-barang ni.. Tapi sekarang saya rasa mudah sangat sebab walaupun baru lepas shopping barang, saya masih boleh singgah kat kedai-kedai lain juga tanpa perlu risau dengan barang-barang tu..

Mana nak cari "tote bag" ni ye.. Oh, itu janganlah risau.. Kat The Gallery Hujungminggu.My ni segala-segalanya ada.. Jom tengok kat bawah ni antara koleksi yang saya ada..














Haa.. Macam mana.. Banyak kan pilihan "tote bag" yang ada di The Gallery Hujungminggu.My ni.. hehe.. Sampai tak tau mana satu nak pilih kan.. Semua beg ni adalah koleksi yang terkini tau.. Jadi, pada anda yang nak membeli beg-beg ni sama ada secara retail atau secara borong boleh hubungi saya di 019-6799980 ya.. 

Untuk pemborong, anda akan mendapat diskaun sebanyak 40% dengan pembelian minimum 5 unit.. Dan kalau anda membeli minimum RM 200.00 dalam 1 resit, anda juga akan dapat penghantaran produk-produk ni secara PERCUMA ke seluruh Malaysia.. Tapi saya sangat mencadangkan supaya anda datang sahaja ke Galeri kami di Taman Jasmin, Senawang sebab anda boleh pilih sendiri mana-mana produk yang berkenan di hati.. 

Di entri akan datang nanti saya akan share lagi gambar-gambar terkini produk The Gallery Hujungminggu.My.. So, kalau ada yang nak tanya pasal produk ni boleh whatsapp saya di 019-6799980 okey.. 


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my
www.facebook.com/hujungminggu.my

Terima Kasih Puan Mawar dari Putrajaya..!

Assalamualaikum..


Semalam Galeri kami dikunjungi oleh Puan Mawar dari Putrajaya.. Puan Mawar ni rupanya ada membuka booth di Uptown Putrajaya dan semalam beliau memborong macam-macam koleksi handbag untuk dijual semula di uptown Putrajaya tu nanti.. Terima kasih banyak-banyak pada Puan Mawar sebab sudi singgah ke Galeri kami walaupun dah lewat malam.. Doa kami semoga perniagaan Puan Mawar terus success dan sentiasa dimurahkan rezeki.. Amin..

Alhamdulillah seronok rasanya bila dengar ramai orang yang suka dengan produk-produk The Gallery Hujungminggu.My.. Lebih seronok lagi bila saya dapat berjihad dan membantu orang-orang kita meningkatkan pendapatan mereka melalui perniagaan handbag ni.. Betul la kata mentor saya dulu, berniaga bukan sekadar menjana wang tapi juga membantu lebih ramai orang menyelesaikan masalah mereka..

Ada lagi yang nak memborong handbag-handbag di The Gallery Hujungminggu.My..? Apa kelebihan memborong handbag dengan kami..? Haa.. dengan pembelian minimum 5 unit, anda layak menikmati diskaun sehingga 40% ke atas semua produk.. Dan pembelian melebihi RM200.00 dalam 1 resit juga layak mendapat penghantaran produk secara percuma sahaja ke seluruh Malaysia.. Tapi, pada anda yang berada di sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Putrajaya dan Kuala Lumpur, saya sangat menggalakkan anda datang ke Galleri kami di Taman Jasmin, Senawang atau booth kami di uptown KIP Mart Senawang untuk melihat sendiri produk untuk kepuasan dan pilihan yang lebih banyak.. Yela kan, tengok gambar mesti la takkan sama dengan melihat sendiri produk-produk ni secara real kan.. Saya jamin mesti anda pun akan rambang mata dengan produk-produk kami nanti.. hehe..

Okey, untuk anda yang nak borong produk-produk The Gallery Hujungminggu.My boleh call / whatsapp saya di 019-6799980 ya..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
www.hujungminggu.my
hujungminggu.my@gmail.com

Sunday, 30 August 2015

Gift Book London & Paris - Bukan Sekadar Buku..!

Assalamualaikum semua..

Pertama kali tengok gift book ni saya dah terpersona..! Saya ni memang suka pada benda-benda yang unik.. Setiap kali pergi berjalan-jalan, saya mesti akan beli sesuatu yang comel, kiut dan menarik untuk disimpan di bilik bacaan rumah atau dijadikan perhiasan di pejabat.. Benda-benda yang comel macam ni banyak memberi inspirasi dan ilham untuk saya cari idea-idea baru dalam penulisan dan pelan-pelan perniagaan.. Oh ye, lupa nak cerita saya sekarang ni sedang dalam proses menghasilkan buku untuk perniagaan handbag saya.. Insyaallah buku ni nanti diharapkan dapat membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan handbag ni.. Setakat ni ia masih dalam pembikinan dan saya akan cerita lebih lanjut lagi pasal buku ni di entri-entri akan datang..

Berbalik pada gift book ni, ia bukan sekadar buku atau perhiasan tau.. Tapi ada banyak sangat kegunaannya lagi.. Jom tengok kat sini:











a) Tempat 'rahsia' menyimpan barang peribadi

Buku menjadi tempat paling selamat untuk menyimpan barang-barang berharga seperti duit, barang kemas, surat dan lain-lain.. Sebab tak semua orang suka membaca buku yang tebal-tebal, lebih-lebih lagi kalau buku ilmiah yang banyak dengan formula-formula fizik.. Biasanya orang akan simpan barang-barang berharga di bawah katil, dalam almari atau bawah pakaian.. Jadi dengan menyimpan dalam buku, ia akan menjadi tempat 'rahsia' yang paling selamat untuk anda

b) Koleksi menarik untuk barang hantaran perkahwinan & pertunangan

Gift book ni juga sangat menarik dijadikan "rumah" untuk dekorasi hantaran perkahwinan dan pertunangan.. Kalau dulu kita banyak menggunakan polisterin untuk menggubah hantaran, tapi harini penggunaan gift book ni mampu menjadikan hantaran anda lebih istimewa, unik dan mewah.. Ia juga boleh disimpan dan digunakan semula untuk tujuan-tujuan yang lain

c) Dekorasi menarik untuk hamper

Sama seperti gubahan hantaran, gift book ni juga boleh digunakan dalam gubahan hamper agar ia kelihatan lebih mewah, cantik dan mahal.. Dengan sedikit kreativiti, anda mampu menjadikan hamper ni sangat menarik untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan perniagaan dan teman-teman

d) Buku di dalam Buku

Ia bukan sekadar buku.. Tapi juga boleh menyimpan buku-buku yang lain.. Haa.. Ini termasuklah buku-buku atau manuskrip lama-lama yang memerlukan penjagaan yang rapi.. Penerbitan yang mudah rosak seperti peta, geran tanah juga boleh disimpan di dalam buku ini sebagai langkah-langkah penyimpanan dan penjagaan yang baik

e) Kotak aksesori dan jahitan

Selain menjadi tempat 'rahsia', ia juga boleh dijadikan kotak menyimpan aksesori biasa untuk memudahkan anda mencarinya apabila diperlukan.. Ia juga boleh dijadikan sebagai kotak menyimpan barang-barang jahitan anda..

Maklumat lanjut mengenai gift book ji seperti ukuran, gambar dan lain-lain boleh dilihat di website www.hujungminggu.my/giftbook ya.. Setiap set gift book ni berharga RM120.00 dan penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia.. Untuk pesanan sila whatsapp 019-6799980 ya..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
www.hujungminggu.my
www.hujungminggu-my.blogspot.com

Hohoho Balik Kampung.. Hati Riangggg

Assalamualaikum semua..

Amboi.. Amboi... Beberapa hari ni kat facebook meriah dengan kawan-kawan yang balik kampung.. Ada jugak yang ambil kesempatan cuti panjang hujung minggu ni untuk pergi bercuti bersama keluarga kan.. Seronok sangat tengok orang yang pergi bercuti ni.. Cemburu tau.. hehe.. Tapi inilah yang dinamakan "family bonding".. Yela, bila hari-hari biasa masing-masing semua sibuk dengan urusan kerja dan sekolah je kan.. So bila dapat cuti panjang macam ni boleh la jalan-jalan rehatkan fikiran kan..

Okey bercakap pasal bercuti dan balik kampung ni, anda semua dah ada beg balik kampung ke..? Kalau takde meh la saya nak offer beg balik kampung yang comel dan menarik ni..




Beg ni ada beberapa design menarik yang anda boleh pilih tau.. Kalau nak tau apa kelebihan-kelebihan beg ni jom kita tengok kat sini:

♡ Ruang dalaman yang besar untuk mengisi barang peribadi
♡ Dilengkapi beg kecil untuk mengisi aksesori, mekap dll
♡ Warna yang comel dan ceria untuk wanita dan remaja
♡ Boleh dibawa ke gym, balik kampung, out-station & bercuti
♡ Beg yang simple untuk travel dan mudah nak kenal pasti beg sendiri
♡ Kalis air dan tak mudah basah - senang nak travel dalam hujan atau pergi swimming

Harga beg ni cuma RM30.00 sahaja untuk pembelian runcit.. Diskaun 40% untuk pembelian borong dengan minimum 5 unit.. Untuk membeli boleh whatsapp 019-6799980 atau e-mel ke hujungminggu.my@gmail.com..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my
www.hujungminggu-my.blogspot.com

Hujungminggu.My dan Program Pembinaan Semula Bumbung Masjid Ayer Hitam, Bandar Seri Jempol

Assalamualaikum semua..

Apa khabar anda harini..? Ada aktiviti menarik ke nak buat harini..? Saya pun harini belum merancang nak buat apa-apa atau nak ke mana-mana lagi.. Cuma saya nak share sikit tentang 1 program khidmat masyarakat yang team The Gallery Hujungminggu.My buat semalam.. Haa.. Masih ingat lagi tak saya pernah cerita dulu tentang matlamat hidup kan.. Salah satunya adalah membantu masyarakat melalui program-program khidmat masyarakat..

Okey, apa yang kami buat semalam adalah menjalankan kerja-kerja mengukur bagi pembinaan semula bumbung Masjid Ayer Hitam di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan yang sudah usang dan tidak selamat lagi digunakan untuk keselamatan para jemaah.. Jadi, semalam kami mengukur sekitar kawasan dalam dan luar masjid untuk kerja-kerja melukis pelan bumbung ni.. Pelan ni nanti InsyaAllah akan dipanjangkan kepada pihak Kerajaan untuk bantuan dana bagi pembinaan bumbung masjid ni..






Oh ye, ada yang tak tau sebenarnya di samping menjadi usahawan handbag, kami juga mempunyai sebuah syarikat yang menguruskan jual beli rumah dan melukis pelan-pelan bangunan.. So projek melukis pelan bumbung masjid ni antara program khidmat masyarakat yang kami lakukan untuk warga di Jempol ni.. Semoga pembinaan masjid ni nanti dapat meningkatkan lagi keselesaan kepada para jemaah untuk melaksanakan ibadat.. Adalah diharapkan juga dengan pembinaan bumbung masjid ni nanti, lebih banyak aktiviti agama dapat dilakukan di sini.. InsyaAllah.. Amin..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
www.hujungminggu.my
www.hujungminggu-my.blogspot.com

Saturday, 29 August 2015

Gunakan Shopping Bag dan Selamatkan Alam Sekitar Kita..!

Assalamualaikum semua..


Apa khabar anda harini..? Saya harap anda sihat selalu dan sentiasa berada dibawah perlindungan Allah swt.. Seronoknya cuti harini kan.. Apa rancangan anda bersama keluarga.. Biasanya cuti-cuti macam ni la kita habiskan bersama keluarga kan.. Ada orang suka pergi bercuti.. Tapi ada juga orang yang suka pergi shopping.. hahaha.. Pasal shopping tu pun saya pun suka jugak.. Sebab shopping ni adalah terapi stress tau.. Memang shopping tu memerlukan duit, tapi nikmat shopping tu dapat mengaktifkan saraf-saraf kegembiraan pada seseorang tau..

Okey, sempena dengan hari Sabtu ni saya nak buat kempen khidmat masyarakat la sikit pada anda.. Haa dengar macam menarik kan.. Bermula harini apa kata anda mulakan gaya hidup yang mesra alam dengan membawa "Shopping Bag" setiap kali anda pergi shopping.. Berbanding menggunakan beg plastik yang mudah koyak tapi memudaratkan alam sekitar tu, kan lebih baik anda menggunakan "shopping bag" yang lebih mesra alam dan boleh digunakan berulang-ulang kali.. Untuk pertama kali memang nampak malu dan janggal sangat tau sebab kita tak biasa dengan gaya hidup macam ni.. Tapi kalau anda perasan, kat negara-negara Eropah dan US, tabiat membawa "Shopping Bag" ni adalah perkara yang biasa pada mereka.. Dan kebanyakkan Department Store banyak menggunakan khidmat layan diri untuk membungkus barangan belian anda.. So, kalau anda tiba-tiba melancong ke negara-negara ni janganlah pula anda pelik dengan budaya diorang ye.. Asia dengan Eropah dan US memang sangat-sangat berbeza budayanya, lebih-lebih lagi tentang kesedaran diorang tentang pemeliharaan alam sekitar dan rumah hijau..

So, macam mana kita boleh bantu memelihara alam sekitar kat Malaysia ni..? Haa salah satu cara adalah dengan menggunakan "shopping bag" ni la.. Masa saya berada di Amsterdam dan Paris untuk menghadiri conference pada tahun lepas, saya pun mula-mula macam terlupa tentang penggunaan "shopping bag" ni kat sana.. Tapi bila tengok orang kiri kanan bawa beg-beg ni baru saya teringat pada budaya mereka yang satu ni.. Cuma satu perkara yang paling saya suka dengan "shopping bag" ni adalah senang untuk membawa pulang barang-barang belian sebab saya cuma perlu sangkut je ke bahu berbanding dengan plastik yang mudah terkoyak dan menyebabkan jari-jari saya kebas membawa muatan barang yang banyak.. 

Di The Gallery Hujungminggu.My ni saya pun ada "Shopping Bag" yang menarik untuk anda.. Jom tengok kat bawah ni..











Oh ye, "Shopping Bag" ni banyak lagi fungsinya tau.. Ia bukan sekadar mengisi barang-barang belian masa kita pergi shopping je.. Tapi kalau nak jadikan beg ni untuk mengisi telekung dan peralatan mengaji seperti Al-Quran, Iqra pun boleh juga.. Untuk student pula, beg ni pun boleh dibawa ke kuliah juga ye..

Beg ni berharga RM10.00 je.. Murah sangat kan.. Tapi kalau anda beli 5 unit, kos Pos Laju adalah Percuma.. Design boleh pilih mengikut kesukaan anda.. Untuk membeli, anda boleh whatsapp ke 019-6799980 atau e-mel ke hujungminggu.my@gmail.com.. Semua beg ni anda boleh lihat gambar-gambar dan saiznya yang lebih detail di Website The Gallery Hujungminggu.My ya..
.

Salam sayang untuk semua..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my
www.hujungminggu-my.blogspot.com