Assalamualaikum semua..
Ada yang dah tido malam ni..? Saya masih bersama dengan tablet kesayangan melayan pesanan pelanggan.. hehe.. Sesekali pikir mcm orang gila pula bila duduk depan tablet sambil tersengih2 sorang.. hihi.. Tapi inilah hakikat perniagaan online sekarang.. order masuk setiap masa dan setiap waktu.. Cuma disebabkan kita tak nampak muka pelanggan dan pelanggan pun tak nampak muka kita, jadi sedikit komunikasi dan 'human touch' diperlukan dalam perniagaan online ni.. Bukannya apa.. Pelanggan cuma mahu lahirkan sedikit rasa percaya pada peniaga melalui komunikasi ni.. Pelanggan nak pastikan yang peniaga ni adalah 'hidup' sebelum mereka memulakan urusan jual beli.. hehe..
Sebenarnya saya baru je lepas chat dengan seorang pelanggan dari KL.. Kata akak ni dia baru nak mulakan perniagaan.. Modal berniaga pun kecil je.. Jadi disebabkan baru, dia nak jual la produk yang unik untuk mengembangkan perniagaannya.. Tapi sebab tak berani nak ambil stok banyak, dia cuma ambil stok dlm kuantiti kecil je.. Takpe la kan.. Buat permulaan ni boleh mulakan dengan modal kecil2 dulu.. Nanyk bila bisnes dah berkembang maju boleh besarkan sikit produk dan injek lebih banyak modal untuk pelaburan.. Saya dulu pun macam tu juga.. Masa mula2 nak buka bisnes ni dulu takde modal sangat pun.. Produk pun tak tau nak jual apa.. Main redah je jual ntah apa2 produk.. hehe.. Tapi Alhamdulillah, berkat sabar dan usaha, lepas beberapa tahun dlm bisnes ni saya mula nampak jalan yang lurus dalam bisnes ni.. hehe.. Saya pilih untuk fokus dalam tote bag dan patchwork bag yang berasaskan kain dan quilt.. Rupanya ramai yang suka dengan produk2 ni.. Terutamanya mereka yg baru mulakan perniagaan dan mencari kelainan dalam perniagaan mereka..
Kalau anda nak tahu, produk2 di The Gallery Hujungminggu.My memang sangat2 umik dan lain dari yg lain.. Memang kami membina kelainan dalam perniagaan, dan berhasrat untuk membantu usahawan2 dan peniaga2 kita yg mencari kelainan macam ni juga.. Sebut pasal kelainan ni saya teringat Irfan Khairi pernah cakap, "kelainan perniagaan kita walaupun 10% mampu menjadikan produk2 kita mudah dijual dan paling dicari oleh pelanggan2" Wahhh menarik tu kan.. Jadi kenapa mesti copy perniagaan lain kalau kita boleh membina kelainan dalam perniagaan kita sendiri kan.. Haa.. Nak tau apa produk2 kami yang unik dan lain dari yang lain..? Marilah whatsapp 019-6799980 untuk info dan pertanyaan ye.. Insyallah pengurus kami, Zakiah akan membantu anda..
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
FB: The Gallery Hujungminggu.My
Website: www.hujungminggu.my
019-6799980
FB: The Gallery Hujungminggu.My
Website: www.hujungminggu.my